Doa membentuk anak cemerlang dan baik akhlak

assalamualaikum

salam pagi semua. Pagi ni saya nak share sikit ilmu saya dapat dalam kereta masa hantar Wiya ke kem cuti sekolah. Biasa pagi2 bukak radio ikim. Best waktu pagi pukul 7.30 pagi ada slot motivasi pagi. Minggu ni penceramah undangan ialah Ustaz Ebit Lew. Topik ustaz ialah KESILAPAN KETUA KELUARGA, iaitu mengenai membentuk keluarga sakinah dan bahagia. Korang boleh dengar di ikim.fm jam 7.30 pagi dan ulangan pada 7.30 malam.



Hari ni Ustaz ada share 3 doa dari ayat al Quran yang bagus untuk di amalkan setiap hari oleh semua yang bergelar ibu bapa. Selain untuk anak cemerlang, ianya bagus untuk membentuk sahsiah diri dan akhlak yang baik. Ustaz Ebit Lew pernah di tanya tips untuk anak nakal selain doa. Tetapi menurut Ustaz, doa adalah senjata paling kuat untuk umat Islam. Dengan doa kite boleh berubah dan dengan doa kite, orang lain pon boleh berubah. 

Doa 1 : Surah Al Ahqaf ayat 15



Surat Al-Ahqaf ayat 15

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".

Doa 2 : Surah Ibrahim ayat 40



Doa 3 : Surah Al Furqan ayat 74




Surah Al Furqan ayat 74

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.


Doa-doa ni, antara doa yang sangat bagus di amalkan mak ayah setiap hari. Kalau boleh baca setiap lepas solat fardhu ya. Sama2 kita saling ingat mengingati dalam usaha kita membentuk anak2 kite menjadi anak soleh dan solehah yang berjaya cemerlang dunia akhirat. Lebih lagi, antara doa yang tak terhijab ialah doa ibu bapa kepada anak2.

Antara pengharapan kita dalam doa ini ialah supaya Allah sentiasa menjadikan kita dan zuriat kita sentiasa dekat dengan Allah dari solat terutamanya. Sentiasa menjaga solat adalah kunci membentuk akhlak yang baik dan cemerlang dalam apa jua perkara yang anak kita buat. 

Moga anak2 kita Allah sentiasa beri hidayah dan pelihara mereka dalam lindungan dan kasih sayang Nya. 

Salam sayang,


Langkah rawat luka kaki pesakit DIABETES elak kena potong

Kalau cakap pasal DIABETES, mesti terbayang kaki kena potong. Tahu tak, kebanyakkan kite dapat tahu mereka ade diabetes selepas dah peringkat teruk. Bila check aje bacaan diabetes dah 20 ke atas. Malah, lebih teruk bila kaki mula bengkak dan ada yang hanya perasa diri diabetes bila kaki luka dan berulat dan lambat baik. 



Masalah kaki bernanah atau berulat adalah amat biasa terjadi di kalangan pesakit kencing manis di negara kita. Anggapan mereka, sekiranya ke hospital, kaki mereka pasti dipotong. Kebanyakan pesakit pergi ke hospital apabila kaki mereka telah membusuk ke tahap tidak dapat diselamatkan lagi. Malah, ada yang datang dengan ‘Sepsis’ dimana, kuman telah pun merebak ke dalam sistem peredaran darah dan boleh merosakkan organ dalaman pesakit. Sekiranya tempat asal kuman ini tidak dibuang, maka pesakit mungkin tidak dapat diselamatkan walaupun antibiotik diberi.

Kaki pesakit kencing manis ini biasanya kebas. Mereka tidak akan terasa walaupun mereka terpijak paku atau berjalan di atas permukaan yang panas. Mengalami luka pada kaki adalah perkara pertama yang akan membawa kepada lebih banyak masalah.

Tisu yang busuk atau dijangkiti kuman perlu dicuci dan tisu yang mati perlu dibuang. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan kehilangan kaki, atau lebih teruk lagi, kehilangan nyawa mereka!

Langkah-langkah awal boleh diambil bagi mengelakkan masalah luka ini daripada berlaku. Antara nasihat yang boleh diberikan ialah:

  • Sentiasa memastikan kaki tidak terlalu kering. Kaki yang kering boleh merekah dan luka. Pesakit boleh menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun bagi melembabkan kulit.
  • Kaki perlu dilap apabila keluar daripada bilik air atau tandas. Kaki yang basah, terutamanya di celah-celah jari, memudahkan jangkitan kulat (fungus)
  • Pesakit perlu memeriksa stoking dan kasut sebelum memakai mereka bagi memastikan tiada batu, kayu atau benda-benda tajam di dalamnya.
  • Sentiasa memakai kasut yang sesuai sekiranya berjalan. Elakkan selipar atau sandal yang mendedahkan jari kerana ia lebih mudah terluka.
  • Sentiasa memeriksa kaki sebelum tidur, dengan menggunakan cermin bagi melihat kawasan-kawasan yang sukar dilihat. Pemeriksaan kaki sendiri ini seeloknya dibuat dua kali sehari.

Bagaimana VIVIX membantu mengurangkan risiko kaki di potong dan membantu menurunkan bacaan gula dalam darah bagi pesakit diabetes?


1) Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin ('Metabolic Syndrome)

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa membantu dan membaiki sel yang rosak. Jadi pengambilan Vivix secara berterusan dapat memberi manfaat dan mengurangkan Matabolic Syndrom yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakkan gen.

2) Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walaubagaimanapon, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

3) Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera

Polifenol Anthocyanins yang terkandung dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyebuhkan luka dengan kadar segera

4) Mencegah pembentukan protin AGE

Protin AGE (advanced glycation and products) terhasil daripada protin dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan kompilasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisme anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan pembentukan protin AGE ini.

Baca sini 1001 khasiat VIVIX dalam menyembuhkan pelbagai penyakit kronik

ANTARA TESTIMONI VIVIX MEMBANTU MERAWAT LUKA DIABETES YANG KRONIK





Jika anda ada ahli keluarga yang mempunyai masalah begini, boleh cepat2 hubungi saya.

Baca kenapa Shaklee selamat dan berkesan di SINI

Baca info VIVIX lebih banyak di SINI

 

Hubungi Kami

http://www.beehayunos.com/p/tentang-saya.html

Jawatan Kosong

http://www.beehayunos.com/p/my-partner.html

Ikuti Perkembangan

http://www.beehayunos.com/search?max-results=5

Latest from the blog

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in