Doa banyakan susu ibu

kali ini saya nak kongsikan doa..doa yang anda boleh amalkan sepanjang penyusuan susu ibu
 
credit to dear Iffa..Mari amalkan yer ibu2..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN
 

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
 
 

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
 
 
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
Semoga amalan2 rohani ni dapat diamalkan dan bermanafaat buat semua... sesungguhnya doa itu adalah senjata org mukmin..dgn doa segalanya boleh jd kenyataan..yakin dgn kekuasaan Allah..sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perlindungan dan pertolongan..
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com

0 comments:

Post a Comment

 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in