power pumping dan tips banyakkan susu dengan cepat

Ibu2 pastinya tercari-cari teknik yang paling berkesan untuk menambah susu.. Jom kita baca tentang teknik berkesan POWER PUMPING..sumber


Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
 
Siapa yang perlukan Power Pumping?
 
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
 
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.
 
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

dan ini adalah coretan yang saya nak kongsi dari blog rakan shaklee saya pasal power pumping ni..Kredit to mama yang cekal

-----------------------------------------------------------------------------------------------
 
Hyperstimulation dan power pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untukmempercepatkan proses pengeluaran susu. Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya.


My best friend - Ameda

Daripada beberapa pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60 minit. Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi period, apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari. Sebaiknya lakukan kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan) sangatlah berlemak dan penuh berkrim. Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita(sebab itu kita sarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insyaallah disebabkan pengambilan alfafa).
Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masaseminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen.

Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah. Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu.
 
Dan kak N dalam entry di blognya ada berkongsi 3 perkara yang boleh membantu dalam penghasilan susu ibu dengan cara yg mudah dan berkesan..

  1. Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten
  2. Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.
    Satu lagi, pastikan B sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.
    Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?
    Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.
  3. Minum banyak air
  4. Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.
    Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.
    Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu.
    Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit.
    pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.
  5. Doa
  6. Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.
    Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.

Moga bf journey anda semua sentiasa dipermudahkan dan saya berdoa agar anda sabar dalam menempuh apa jua rintangan yang datang dalam anda nak jayakan matlamat penyusuan anda..sesungguhnya Allah bersama yang sabar dan tawakal dalam apa jua keadaan..dan ibu yang menyusukan anaknya dgn susu ibu itu besar pahala dan tinggi darjatnya di sisi Allah..selamat berjuang!
jom hubungi saya :)
 





 
 
 
 
Nabiha Yunos (beeha yunos)
ID : 858049
sms / whatsapp : 012-7142284
email : bee4211@yahoo.com
 
 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com

1 comments:

  1. bayi sy baru berusia 3 bln tetapi kadar pengeluaran susu saya makin berkurangan ,,,,setiap kali bb bf dia akan menghisap susu sambil menarik puting kesudahanya dia akan menangis seolah olah x dpt susu yg mencukupi...mak sy cadangkan sy beri susu formula....sy sedih sebab x dpt bf sepenuhnya ...makin hari susu makin berkurangan,,,,tp masih teringin bf sperti anak anak yg sblum ini,,,,ada tips x

    ReplyDelete

 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in