Shaklee sebagai milk booster??

Ramai betul mommy2 kat luar sana yang dok tanya..betul ke shaklee bole tolong bykkan susu ibu? apa beza shaklee dgn brand lain?Boleh ke Supplemen Shaklee menambahkan susu badan?dan mcm2 soalan la..so..before apa2, better saya share article dari kak cery and kak n (otai2 shaklee ni..ehehe)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Benarkah Shaklee membantu memekatkan susuibu?
Shaklee merupakan makanan tambahan yang lebih dikenali sebagai vitamin nama ringkasnya. Sebenarnya dalam makanan harian kita memang mengandungi vitamin dan zat yang diperlukan cuma sama ada ia lengkap dan seimbang atau tidak. Maka dengan pengambilan makanan tambahan yang dikenali sebagai vitamin membantu kita memastikan tubuh kita mendapat semua zat yang diperlukan. Apabila kita mengambil vitamin, secara langsung ia membantu dalam kepekatan susuibu. Ini memang benar-benar terjadi dan diakui oleh ramai yang mengamalkan vitamin dalam penyusuan. Boleh baca semua TESTIMONI ini. Tidak semestinya mengamalkan vitamin Shaklee baru dapat hasil sebegini CUMA kelebihan Shaklee ialah vitaminnya tidak punya perasa tiruan, pengawet tambahan malah pewarna tambahan. Malah beberapa customer yang baru mencuba set B dengan ESP mendapati susu mereka sangat pekat dan berbeza dari sebelumnya. Mereka mengakui kepuasan si anak dengan hanya minum sedikit sahaja dan memudahkan si ibu membuat stok perahan dengan perlahan2.


Shaklee membanyakkan susu?
Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama ini sangat penting iaitu
1) menyusukan bayi sekerap mungkin atau bagi ibu yang bekerja buatlah sesi perahan di pejabat secara konsisten. Memang banyak cabaran bagi ibu bekerja untuk membuat sesi perahan yang tetap namun jika ada niat yang baik, insyaALLAH ALLAH bukakan jalan kemudahan. Jika tak pam, maka vitamin tadi hanya membantu ibu sihat dan bertenaga namun tidak membantu mendapat susu dengan banyak dan sendirinya tanpa mengepam.
2) Pengambilan air bagi ibu yang menyusu perlulah seimbang. Sekurang-kurangnya 2L sehari bagi yang tidak amalkan pengambilan apa2 vitamin. Bagi yang makan vitamin, 3 L adalah cadangan supaya tubuh dapat menyerap semua vitamin yang kita makan dengan lebih baik.
3) doa. Doa mohon ALLAH berikan kemudahan dalam menyediakan susuibu, doa semoga ALLAH beri kemudahan untuk memerah ditempat kerja, doalah semoga susuibu yang terhasil itu berkat dan memberi rasa nikmat kekenyangan buat si manja tersayang. Doalah semoga rakan seperjuangan berjaya dalam penyusuan dan banyakkan doa yang baik. Law of attraction, doa yang baik akan dapat yang baik,

Apakah kepentingan vitamin Shaklee dalam penyusuan?


Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg... 

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan supplemen b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. .Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan..Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan.

4 jenis vitamin ni boleh didapati dalam Trial Pack set B pada harga rm80 sahaja

Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:

Ianya adalah protein dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESp turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang....Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :).Bagi yang mengalami kemerunduman susu, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan

Kesimpulannya..untuk semua supermom di luar sana……

"Pengambilan makanan tambahan juga menjadi rahsia penting dalam menjalani kehidupan moden. Tekanan kerja, pencemaran alam sekitar, pengurangan zat-zat di dalam makanan dan cara hidup moden mengundang radikal bebas serta kekurangan vitamin dan mineral di dalam pemakanan dapat digantikan semula untuk memastikan DNA tidak mengalami kerosakan dan dapat dibaik pulih." ~ibu addin nasa
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut utk mendapatkan set ini pada harga istimewa, boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 012-7142284. Pembelian akan saya sertakan sekali dengan konsultasi dan panduan pengambilan vitamin yang betul.
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com

0 comments:

Post a Comment

 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in