belajar cara urutan payudara sebelum sesi mengepam dan pelajari teknik lekapan / latching yg betul

Salam..utk semua para ibu, di sini saya kongsikan teknik urutan payudara bg merangsang susu ibu dan teknik lekapan atau latching yg betul khasnya utk para ibu yang baru..jom baca..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TEKNIK URUTAN PAYUDARA SEBELUM MEMERAH ATAU PAM SUSU

Sebaik baiknya sebelum memulakan sesi mengepam susu atau perahan dengan tangan lakukan urutan payudara seketika. Urutan payudara yang sekejap ini mampu merangsang pengeluaran susu dan melancarkan sesi perahan. Ia juga mampu menjimatkan masa kerana susu lebih mudah diperah.

Sebelum mula mengurut payudara pastikan tangan anda dicuci bersih dahulu. Sebaiknya tekapkan payudara dengan kain yg direndam air suam seketika. Jom kita mulakan urutan payudara ini;)


1. Message

Gunakan jari telunjuk dan jari tengah, urut secara membulat bermula dari ketiak ke aerola. Lakukan serentak. Tangan kiri, payudara kita, tangan kanan payudara kanan.

2.Stroke

Gunakan kelima-lima jari dan tekan ke arah payudara secara lembut sahaja. Selain itu, boleh juga menyikat payu dara dengan sikat yang berigigi lebar dari ketiak ke aerola.

3.Shake

Posisikan badan condong sedikit ke hadapan, goyangkan dada dengan perlahan-lahan. Daya graviti akan membantu melancarkan pengeluaran payu dara.


TEKNIK LEKAPAN / LATCHING BAYI YG BETUL

Kalau anda ibu baru dan menyusukan anak tetapi menghadapi masalah-masalah seperti :

-merasakan susu kurang
-payudara melecet atau luka
-payudara sakit
-bengkak susu walaupun bayi kerap menyusu
-bayi menangis dan masih belum kenyang
-bayi tidur kurang 1 jam
-bayi meragam ketika menyusu atau selepas menyusu
-bayi nampak letih dan frust


Mungkin, anda perlu belajar teknik lekapan yang betul. Ini kerana masalah di atas mungkin berpunca dari lekapan bayi yang kurang sempurna.

Di permulaan, untuk merangsang tindak balas natural bayi untuk menyusu, cuba

1. Dukung dan letakkan bayi dalam posisi yang selesa. Ibu juga harus selesa.

2. Sentuh pipi bayi, supaya dia berpaling ke arah payudara

3. Sentuh bibir bayi dengan puting agar dia mula membuka mulut. Tunggu dan acah sehingga dia membuka mulut seluas mungkin.

4. Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.

5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawasan gelap keliling puting ibu.

6. Pastikan bayi lekap / latching dengan betul dan ampu payudara dengan menggunakan tangan anda.


Macam mana nak ampu payudara semasa bayi menyusu?

-pegang payudara dalam keadaan c hold
-ibu jari atas puting, jari lain di bawah
-ampu dengan lembut, jangan picit atau tekan payudara dengan kuat.


Basically lekapan/latching bayi yang betul adalah memenuhi kriteria ini

- mulut bayi terbuka luas
- dagu cecah payudara
- bibir atas dan bawah sedikit melekup keluar
-sebahagian besar aerola masuk dalam mulut bayi. Jika ibu mempunyai aerola yang besar, tidak semestinya mulut bayi cover habis. Cukup jika bayi tidak sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menyakitkan ibu.
-pipi bayi kembang kucup
-bayi menghisap dan ada nada.. Hisap telan hisap telan..

Ok. Semoga ibu ibu muda boleh mengaplikasikan panduan ini. Penting teknik lekapan / latching yang betul demi memastikan :

-bayi kenyang
-bayi mendapat susu foremilk dan hindmilk, susu awal dan akhir
-ibu cukup rehat
-ibu tidak frust dan give up untuk eksklusif BF
-ibu tidak bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan
-mengekalkan production susu yang optimum

 
Selamat mencuba dan mengaplikasi ye..moga-moga usaha dan ikhtiar kita dalam memberikan yang terbaik untuk si manja di berkati dan di permudahkan Allah..saya mendoakan yang terbaik utk usaha dan perjuangan anda..aminn..


 Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 012-7142284 atau email ke bee4211@yahoo.com

I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com

0 comments:

Post a Comment

 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in