Kebaikan dan kuasa ajaib buah-buahan

Salam..hari ni masa blogwalking, saya ade jumpa info sihat tentang kuasa ajaib buah-buahan..thanks hafsah for sharing..ramai yg suka pd pencuci mulut ni..tp mungkin tak ramai yg tahu kuasa ajaib buah yg anda makan..sbb buah bukan sekadar pembasuh mulut, malah mempunyai khasiat yg sangat besar..jom baca jom..





Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.


Buah-buahan elok dimakan sebelum nasi kerana selain khasiat buah dapat membantu penghadaman, ia juga membuatkan kita terasa penuh perut dan mengelakkan kita terlebih makan selepas itu. Sunnah rasulullah pun makan buah sebelum makan nasi kan.. ;)

Jom baca lebih lanjut: 

Dipetik di sini


Kuasa Ajaib buah-buahan:
  • Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.
  • Buah oren
    Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
  • Buah Epal
    Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.
  • Buah pear
    Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.
  • Pisang kaki
    Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.
  • Mangga
    Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.
  • Kiwi 
    Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.
  • Pisang 
    Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

---------------------
Shaklee juga mempunyai vitamin yang kebanyakannya diambil daripada buah-buahan. Contohnya adalah Vitamin C  dan Vivix..jom baca jap sekilas fakta tentang 2 vitamin ini..
 

 


Kini anda mempunyai alternatif untuk mendapatkan khasiat 7 biji Oren didalam 1 tablet Sustained Released Vita-C (500mg) dari Shaklee. Ia dilengkapi teknologi pelepasan masa, dimana setiap 1 jam 100 mg Vita C akan direlease ke dalam tubuh anda, Ini memberikan penyerapan yang lebih efektif dan optima kerana Vita-C merupakan Vitamin LARUT AIR yang akan dikumuhkan keluar dari tubuh selepas 2-3 jam. Lebih banyak lg tentang Vitamin C Shaklee, sila klik di sini.
 
 
 
 Vivix adalah Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Lebih banyak tentang kebaikan Vivix atau magic portion ni, sila klik di sini.
 
 
 
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut , boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 012-7142284 atau email ke bee4211@yahoo.com


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com

0 comments:

Post a Comment

 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in