50 sebab untuk rasa gembira bila anda HAMIL!

assalamualaikum

Anda bangun pagi, ambik kit pregnancy...anda dah tau sebenarnya naluri anda..anda tau ada 'seseorang' inside you..dan bila 5 min lepas tu anda check pregnancy kit..tahniah..anda pregnant! mungkin ini yang pertama kalinya..atau kedua..atau ketiga..atau yang ke berapa..itu tak penting..yang penting, Allah telah kurniakan rezeki yang sangat besar berupa 'anak' dalam rahim anda..yang akan anda bawak selama 9 bulan dan 10 hari sebelom baby keluar melihat dunia dan anda as a mom..


minggu ni ramai plak kekawan yang preggy..dan kerana itu, Hari ni saya nak kongsikan 50 sebab kenapa perlu hepi bila hamil..yess...ade yang tak ready lagi bila dapat tau dah pregnant..ade yang bila anak kecik lg dan dapati pregnant lagi, terus rasa bersalah, takot dan rasa belom bersedia lagi..atau mabuk yang teruk buatkan ada gloomy sepanjang tempoh kehamilan walaupon dah melepasi trimister pertama..jangan moody2..jomm baca dan enjoyyy...




1. Ingatlah semula minggu-minggu pertama semasa hanya anda dan suami sahaja yang mengetahui rahsia istimewa ini.


2. Mengetahui bahawa anda mempunyai sembilan bulan untuk merancang, bermimpi dan berfantasi.

3. Memilih pakaian materniti. Ia sangat praktikal dan seksi.

4. Kini anda ada alasan yang baik untuk memanjakan diri. Luangkan masa dalam mandian beraroma, pergi berurut atau lumurkan losyen yang menenangkan di perut.

5. Cuti bersalin di mana anda mempunyai dua bulan (atau tiga bulan jika anda penjawat awam) untuk bersama-sama dengan bayi anda.

6. Anda boleh mengikuti kelas pranatal dan membuat ramai kawan baru. Jangan lupa komuniti online kami. Ia adalah satu lagi cara yang baik untuk berjumpa dengan mereka yang dijangka bersalin sama dengan anda.

prenatal class kat KPJ Hospital JB

7. Ini merupakan satu-satunya masa dalam hidup di mana anda perlu meningkatkan berat badan tanpa rasa bersalah.

8. Jika ini adalah bayi pertama anda, nikmatilah sembilan bulan ini dengan tidur dan bangun lewat pada hari minggu. Anda tidak akan dapat kerap melakukannya lagi selepas ini.

9. Akhirnya anda mendapat payudara yang sering anda inginkan, yang juga bermakna anda mempunyai ...

10. ... alasan yang baik untuk membeli banyak coli baru yang cantik-cantik.

11. Akhirnya, anda boleh minta penumpang lain bangun dan memberi anda duduk dalam LRT, keretapi atau bas << ini pernah jd pada saya..bila bayar kat Jusco dapat keutamaan bayar dulu hihi

12. Anda mempunyai sesuatu selain daripada pokok bunga dan kucing untuk dibela dan dijaga!

13 Tiba-tiba anda mendapat banyak perhatian daripada ibu bapa, makcik dan pakcik, dan tidak lupa juga, suami anda.

14. Anda mungkin dapati hubungan anda dengan kakak, sepupu atau rakan-rakan yang telah menjadi ibu semakin rapat. Tahniah, anda baru mendapat keahlian percuma dalam kelab ibu bapa!

15. Memberitahu ibu, ayah, kakak, abang, makcik dan sepupu-sepapat lain mengenai berita gembira ini dan melihat wajah mereka menjadi ceria.

16. Kebolehan baru! Samada melipat lampin guna semula atau memasang katil bayi, tiba-tiba anda dapati anda suka mencuba kebolehan baru.

17. Tiba-tiba anda rasa begitu menghargai ibu anda dan segala yang beliau lalui semasa mengandung dan melahirkan anda << indeed 

18. Menghias bilik bayi.

19. Merasa tendangan pertama si kecil dan berfikir, “Adakah itu tendangan, atau cuma angin?” << excited sgt bila dapat rasa first baby kick 

20. Tidak rasa bersalah langsung apabila meminta suami keluar membeli sate diikuti dengan aiskrim coklat dan cendol << hahahaa dengan alasan baby nak makan..mmg tak rasa bersalah langsung!

21. Ibu bapa anda mengeluarkan semula katil bayi atau kereta sorong anda dahulu yang mereka simpan selama ini khas “untuk saat-saat ini”.

22. Pergi berjalan dengan suami anda dan menghirup udara segar kerana ia bagus untuk anda dan bayi.

23. Mengingati semula mimpi-mimpi pelik yang anda alami pada akhir kehamilan dan ketawa mengenainya bersama kawan-kawan.


24. Merasa bonjolan-bonjolan kecil seperti tapak kaki di perut anda dan mengetahui bahawa tidak lama lagi anda akan berjumpa dengan tuan punya kaki itu! << yup, lagi2 di akhir kehamilan!

25. Memilih pakaian bayi dan merancang apa yang anda hendak beli << excited bab shopping lagi2 untuk first baby

26. Menulis diari kehamilan untuk dibaca oleh anak anda pada masa hadapan.

27. Meminta seseorang mengambil gambar anda sedang tersenyum melihat perut anda yang memboyot supaya satu hari nanti anda dapat melihatnya semula dan rasa tidak percaya anda boleh jadi sebegitu besar << en hubby yang selalu ambikkan gambar sbb saya rasa tak sanggup nak tgk gambar sendiri masa preggy..sebab membesar bagai johan! naik 20kg you!

28. Dapat tahu berapa ramai mereka di luar sana yang bersedia untuk menjaga anda: nenek, datuk, mak dan ayah, nenek saudara yang selalu memarahi anda kerana menggunakan cawan-cawannya untuk bermain masak-masak, doktor, jururawat, kaunselor penyusuan...

29. Baring di katil dengan tangan suami anda memeluk perut anda yang memboyot dan mengetahui bahawa cinta anda berdua telah mencipta satu kehidupan yang baru.

30. Menikmati kelebihan-kelebihan seperti keluar makan malam, bercuti pada hujung minggu dan apa-apa lagi yang anda mungkin tidak dapat lakukan dengan mudah sebaik sahaja bayi anda lahir.

31. Mengetahui bahawa sejak daripada ini, apa-apa sahaja yang berlaku, anda tidak akan berasa bosan lagi.

32. Membuat kawan baru apabila anda pergi membeli-belah. Setiap orang mempunyai kisah kehamilan yang hendak dikongsi!

33. Anda boleh mengabiskan masa sepanjang malam berdebat mengenai nama bayi << semua orang nak tolong bagi nama, tp at last we choose it ourself :)

34. Membayangkan bagaimankah rupa si kecil anda. Pastinya hidung suami yang mancung dan mata anda yang seksi! 

35. Bermimpi mengenai, “Anak saya seorang menteri/artis popular/pakar bedah otak.”


36. Melihat perut anda yang memboyot dalam cermin dan mengetahui ada seseorang di dalamnya!

37. Cuba meneka apakah sebenarnya imej-imej samar yang tertera pada monitor pengimbas ultrabunyi itu. Meminta supaya gambar itu dicetak untuk dibawa pulang dan dilekatkan di dinding kubikel anda, atau menyimpannya di dalam beg untuk dicuri-curi pandang semasa duduk di dalam LRT << indeed lah yg ni..walau tak nampak pape atau tak paham ape pon dalam gambar tu..tapi tetap nak mintak copy untuk bawak balik setiap kali scan hihi

38 Riak wajah suami anda tatkala dia melihat alat penguji kehamilan bertukar warna kepada biru, merenung perut anda yang semakin membesar atau merasa tendangan bayi di perut anda.

39. Membeli mainan comel yang pertama untuk bayi anda sendiri, bukannya untuk orang lain.


antara keperluan ibu dan bayi untuk di bawa ke hospital

40. Membuat panggilan kepada suami untuk memberitahu bahawa masanya sudah tiba! Proses kelahiran sudah bermula.

41. Mencuba semua senaman yang anda telah pelajari dalam kelas pranatal dan mendapati ia benar-benar berkesan!

4.2 Suami atau rakan pelahiran anda memegang dan menyokong anda semasa kontraksi berlaku dan mengetahui anda boleh menaruh kepercayaan kepada mereka << yup, sokongan suami dalam labour room sangat membantu


support suami masa dalam labour room adalah sangat membantu mengurangkan kesakitan

43. Apabila kontraksi semakin kuat, anda dapati bahawa senarai perkataan-perkataan sumpah seranah (dalam beberapa bahasa!) anda lebih panjang daripada yang anda sedar << yang ni tak buat..we as Muslim, kena banyak berzikir untuk lawan rasa contraction tu..dan bayangkan baby yang sedang berusaha untuk keluar melihat anda!

44. Membuat pilihan berdasarkan maklumat yang anda ketahui mengenai ubat penahan sakit dan mengetahui bahawa ianya sesuai untuk anda pada peringkat pelahiran tersebut.

45. Rasa lega dan gembira apabila secara tiba-tiba kesemua kesakitan anda hilang << yes, automatik bila baby dah kuar hilang semua rasa sakit

46. Merenung mata bayi anda yang baru lahir dan terus jatuh cinta << first love

47. Mendengar suami anda memberitahu rakan-rakan, pakcik jaga, makcik kantin dan entah siapa-siapa lagi kerana kegembiraannya tidak dapat dikawal << semua org sure excited! en hubby tukang update fb dan sekejap aje semua org dah tau..ade ke orang yang tak excited? hihi

48. Meraikannya! Tidak kira waktu, siang atau malam.

49. Membuat panggilan-panggilan telefon kepada rakan-rakan dan mengemaskini status di Facebook anda untuk mengumumkan berita gembira ini dan menerima jutaan ucapan tahniah daripada mereka.

50. Bangun tidur dan melihat bayi anda sedang tidur di sisi anda, membuatkan anda berfikir, ‘Wah, ini benar-benar terjadi! Saya kini seorang ibu!’ 

sumber : babycentre



gelak-gelak sebenarnya saya baca listing ni..ada yang betul..ada yang tak..hehee terus teringat saat2 preggykan kedua puteri dan putera saya tu..special moments..yes..semuanya..special..dari moment mendapat tahu preggy ke moment kesakitan bertarung nyawa di bilik bersalin..it was so special..tak kan ada moment terindah begitu unless kite bergelar preggy mommies..

kalau anda preggy dan mendapati anda tak happy, anda perlu buat sesuatu..bangunnn dan bayangkan baby anda yang comel tu..bayangkan semuanyaa..dan berusaha untuk berasa cergas dan sihat..bila anda sihat, anda akan lebih gembira dan cergas..nak tau set special untuk bakal ibu yang boleh bantu anda lebih sihat dan ceria? meh baca di sini 

Apakah perkara-perkara yang membuatkan kehamilan anda sangat istimewa? jom komen di sini dan kongsikan apekah moment pregnancy anda yang paling anda teringat dan special bagi anda




tahniah bagi semua pembaca yang sedang dalam moment bergelar ibu..jaga diri..jaga kesihatan dan sentiasa hepi ya!

salam sayang, 
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com

6 comments:

  1. Ahhhhhh terus rasa nak pregnant sekaranggggg~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaaa..ape lagi shaaa..so mane moment paling best u masa preggy? belom share lg tuuu

      Delete
  2. Memang rasa best sangat....tapi cuak tetap ada...doakan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn..moga dipermudahkan..mesti Kasih dan Ammar dah tak sabar nak tgk adik baru!

      Delete
  3. seronoknya baca ni!!!memula stress juga bila tahu kita pregnant sebab anak pertama belum masuk 2 tahun lagi. Selalu takut fikirkan apa orang cakap lelagi yang bermulut longkang 'eh mengandung lagi?" Tapi kita percaya rezeki Allah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa lah tu yang..jangan stress..anak kan rezeki..rezeki kite bukan org lain yang tetapkan..Allah dah janji setiap anak ade rezeki nya sendiri kan..u are strong mommies yang..akak mmg salute u..enjoy ur pregnancy moments again ya..muahhhh

      Delete

 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in