Breastfeeding isn't just about milk..It is also about LOVE

Assalamualaikum dan Salam sejahtera mommies,

khas buat semua breastfeeding mommies...kerana anda adalah wanita istimewa..yang dipilih dan terpilih..untuk memberikan titisan emas kepada insan tersayang..kerana..penyusuan susu ibu bukan sekadar memberikan susu tapi ianya lebih kepada memberikan cinta, kasih dan hubungan yang Allah kurniakan khas untuk ibu kepada setiap anak..berikan mereka semuanya dalam penyusuan susu ibu..keep calm..keep fighting..give only the best yang Allah dah sebut dalam al-Quran..hingga mereka berusia 2 tahun..inshaallah 




Perjalanan penyusuan akan menjadi lebih indah dan bermakna jika kita mengambil pengajaran dari setiap apa yang dilalui sepanjang tempoh penyusuan.

Hidup kita adalah satu proses pembelajaran yang tiada berpenghujung. Penyusuan ibu adalah salah satu syllabus yang perlu kita pelajari selagi kita bergelar ibu.

Menyusukan anak mengajar aku erti kesabaran sebenar
sabar dengan kerenah dan ragam si kecil
aku lebih tabah menghadapi apa jua dugaan
Kecil mahupun besar
Sakit ataupun perit

Menyusukan anak mengajar aku percaya pada anakku
aku belajar memahami keperluan anakku
naluriku memberitahu
bilakah saat dia memerlukan pelukan dan belaian, 
bila waktu laparnya
ku tahu waktu dia merasa kesunyian
aku memahami dirinya tatkala dia membesar

Menyusukan anak membuatkan aku yakin dengan keupayaan diri
aku yakin pasti dapat membesarkan anak dengan susuku sendiri
aku mampu melakukan apa sahaja yang diinginkan
yang selama ini aku tak fikir aku mampu

Menyusukan anak mengajarkan aku jadi lebih kuat 
lebih gagah di luar walaupun kelihatan lemah
makin lama makin kebal di dalam
aku lebih tegas pada diri sendiri
ia mengajar ku tidak mudah mengalah

Menyusukan anak mengajarkan aku untuk lebih sayang pada diri sendiri
aku belajar yang aku perlu cintai diri sendiri
sebelum mencintai orang lain
aku perlu cintakan diriku supaya cintaku dialirkan ke anakku dengan lebih mudah

Menyusukan anak membuatkan aku mengambil berat akan kesihatan diri
aku mula mengamalkan pemakanan sihat
aku tahu bila perlu rehat bila penat
aku mula berhati-hati dengan corak pemakanan harian

Menyusukan anak mengajar aku jadi berdisiplin
aku yang dulu malas, sekarang jadi rajin
aku yang dulu culas, sekarang patuh berjadual
ia membantu aku lebih menghargai masa

Menyusukan anak membuat aku lebih menghargai ibuku sendiri
Mengajarkan aku yang kasih sayang ibu tiada taranya
Perit melahirkan, penat menyusukan
Semua itu tiada terbalas jasanya

Menyusukan anak menjadikan aku lebih dekat dengan Allah
kerana aku mahu rezeki susu yang banyak dari-Nya
sebab aku mahu Dia permudahkan penyusuanku
sebab aku bersyukur dengan rezeki kurniaan-Nya
kerana aku mahu belajar jadi ibu yang terbaik untuk anakku

Aku bukan lagi aku yang dulu
Aku seorang ibu menyusu
Aku pejuang penyusu!

sumber : Pumponthego

me and my breastfeed baby - Luqman




salam sayang,
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com

0 comments:

Post a Comment

 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in