Rahsia Hari yang penuh SUCCESS DAN HEBAT!

Assalamualaikum 
Nampak tak semangat pagi2 ni..macam singa ni..nampak tak..
Dapat bangun pagi adalah antara nikmat yang tidak terkira yang kita telah peroleh pada hari ini. Alangkah nikmatnya dapat bangun pagi, membuka kembali mata dan menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya kembali.
Namun, tidak ramai yang menghayati dan menghargai saat waktu bangun pagi. Sedangkan ucapan yang seharusnya kita ucapkan adalah ucapan kesyukuran dengan doa bangun tidur.
Apabila anda memulakan hari dengan permulaan yang baik, insyaAllah hari anda pada hari tersebut dirasakan seperti berjalan lancar dan dapat mencapai apa jua aktiviti yang anda telah rancang pada malam sebelumnya.
Tapi, jika pagi anda sudah tidak teratur dan berserabut memikirkan pelbagai perkara dan masalah, maka hari anda pada hari tersebut adalah seperti ribut,tidak tenang dan sentiasa tertekan.
Mulakan hari dengan keberkatan

Satu perkara yang dapat saya perhatikan, apabila anda memulakan hari dengan qiamullail (jika mampu), dan solat Subuh pada waktunya, ia sudah cukup untuk memberi permulaan hari yang baik, diberkati dan diredhai Allah.
Alangkah ruginya, terdapat juga mereka yang bangun lewat dan tertinggal solat Subuh dengan sengaja. Begitulah pagi mereka setiap hari. Jika bangun awal, maka akan solat Subuh dan jika lewat, terus pergi ke sekolah atau ke tempat kerja. Apakah yang paling penting, solat atau kerja?
Apakah hari yang dimulai dengan kemurkaan Allah merupakan hari yang ceria dan baik?
Na’uzubillah min zalik. Kita minta dijauhkan daripada kemurkaan Allah.
3 Tip Mulakan Hari Dengan Ceria dan Hebat
Mulakan pagi dengan setting pemikiran anda dengan 3 fikiran ini :
1.   Hari ini adalah hadiah dan peluang saya untuk melakukan yang terbaik
Sematkan di dalam fikiran anda, bahawa hari ini adalah masanya untuk anda kembali menyambung tindakan anda untuk mencapai impian anda kaya berjaya di dunia dan akhirat.
Simpan kejayaan atau kegagalan hari semalam dan biarkan ia. Yang lepas sudah lepas. Hari ini adalah peluang baru buat anda melakukan lebih baik dari semalam.
Mulai sekarang dan hari ini, fokus fikiran anda kepada perkara yang perlu anda selesaikan hari ini. Yang mana, sebelum anda kembali tidur pada malam nanti, anda gembira dan puas dapat melakukan apa yang telah anda rancang dengan baik.
2.   Masa paling sesuai adalah sekarang
Ramai yang menanti masa yang sesuai. Sedangkan tiada masa yang namanya masa sesuai. Yang ada hanyalah masa sekarang.
Kejayaan atau kegagalan adalah apa yang anda lakukan sekarang. Jika hendak berubah, berubahlah sekarang dan hari ini. Jika hendak bahagia, kenapa perlu tunggu kaya, bahagialah pada hari ini dan senyumlah. Nescaya anda bahagia. Jika hendak memulakan sesuatu projek, mulakanlah sekarang dan hari ini. Jika hendak bertaubat, bertaubatlah sekarang dan hari ini.
Jangan bertangguh lagi, kerana masa sekarang juga akan pergi. Hari ini akan pergi buat selamanya. Dan esok belum tentu menjadi milik kita. Yang kita ada adalah sekarang.
Jadi, jangan bazirkan masa yang ada. Lakukanlah sesuatu yang bermanfaat untuk hidup kita di dunia dan akhirat selagi kita mempunyai masa sekarang.
3.   Saya yang mencipta hidup saya
Hidup anda adalah anda yang mencorakkannya dengan izin Allah.
Setiap hari adalah lembaran kosong yang baru. Muka surat baru untuk anda menulis apa jua tindakan dan perbuatan baik atau buruk. Peluang hari ini adalah peluang untuk anda melakukan lebih banyak kebaikan dan memberi sebanyak-banyaknya.
Berhati-hatilah semasa anda menulis corak hidup anda hari ini. Kerana, ia juga akan bersambung pada keesokan hari. Jika tersalah tulis, kesannya mungkin anda akan lihat esok hari dan seterusnya.
Tulislah apa yang ingin anda jadi pada hari ini. Apa yang ingin anda lakukan pada hari dan jadilah sebagaimana yang anda telah tulis. insyaAllah hidup anda akan menjadi lebih bermakna apabila anda mencorakkan hidup anda hari demi hari.
Mulakanlah hidup dengan penuh rasa kesyukuran dan pengharapan semoga dipermudah Allah segala urusan kita setiap hari. Semoga kita bahagia di dunia dan di akhirat.

have a wonderful, successful MORNING! 
I am Shaklee Malaysia Independent Distributor at Johor Bahru, Johor. Pertanyaan Lanjut:
Shaklee ID : 858049
No Telefon: +6012.714.2284
(sms/whatsapp/telegram)
Facebook : Beeha Yunos
Facebook Page: BeeLittleShoppe
Email : beeha4211@gmail.com
Blog : www.beehayunos.com

0 comments:

Post a Comment

 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in