Cabaran 14 hari dengan VIVIX!

cabaran 14 hari Extreme VIVIX? apa tu?

meh nak belanja gambar..semua ni makan VIVIX dalam masa 14 hari shj..sangat transform gitu..kan??





dannn...yang ini yang terbaru..ini anak buah saya..leader saya..baru 6 hari makan VIVIX..tak tipu ok..mata yang sama..see..kedut bawah mata tu dah ilang..baru 6 hari tau..



ok, tak nak cakap banyak..saya buka tawaran..siapa yang nak join cabaran EXTREME VIVIX meh pm saya cepat k!

salam sayang,


Report Card Pickup Day Genius Aulad Bukit Indah 2014

Assalamualaikum

Fuhh berhabuk jap blog..arini saya nak stori cerita ahad lepas..kami g sekolah tadika Wiyah untuk report card pickup day..alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah setahun lagi berlalu..tahun depan Wiyah dah 6 tahun..




Kalau ikot agenda, nak bawak Luqman sekali tapi last minute Luqman tak bape sihat..demam selsema batuk..so unplanned bawak 2 cousin Wiyah, Danish dan Darwisy..


Kemain suka diorang tu..nampak tak..tak banyak bergambar lak masa tu..so ini aje lah..hehe tak pe..next time ade masa lagi boleh ambik gambar puas2 sebelom Wiyah graduate tadika

Alhamdulillah teacher kata semua progress Wiyah sangat ok..dah boleh membaca melayu dan english, mengira (memang favourite dia lah bab kira2 ni) dan mixed very well dengan kekawan..and of course ler bab arts yang paling dia suka..dah 2 tahun sekolah kat Genius Aulad ni, yang paling saya suke ialah bab islamic..dia dah boleh solat dengan bacaan sepenuhnya dalam solat..surah ladzim dan doa2 asas sume dah tau..alhamdulillah..thn depan Wiyah still sekolah tempat yang sama..kami dah riki2 tempat lain tapi nampaknya Genius Aulad masih di hati ❤️

Lepas aje abes diskusi, kitorang bawak bebudak ni g Jusco Bukit Indah..reward katanya..makan2 dan pastu tgk ni 


Taraaaaa..kami tgk movie Big Hero 6! Lama sesangat tak g tgk movie tau..eh sangat best lah movie ni..bawak anak2 dtg..highly recommended sgt! Dari awal sampai abes kitorg gelak2 aje..sekali sekala masuk dalam dunia anak2 seronok kan? Diorg makin rapat dengan kita pon iye gak :)

Ok, tu je entry kali ni..daaaa

rahsia SENYUMAN

senyum seindah suria,
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri

amboi..pagi-pagi dah menyanyi..alhamdulillah, pada yang tak tau, senyuman di pagi hari merangsang mood bahagia, hepi dan yang gembira sahaja tau pada kita..akibatnya? seharian ni nanti apa yang kita buat inshaallah smooth aje..tak percaya? cuba senyum sket :)



ok, nak share 5 rahsia senyummmm..jom tengok..

(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang
 Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.
(2) Mempengaruhi minda separa sedar
Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.
(3) Mempengaruhi orang lain
Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.
(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu
Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu.  Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.
(5) Rawatan muka
 Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.


korang pernah tak jumpa seseorang ni..kalau dia senyum, buat hati kita rasa lapang..rasa sejukk hati..memang nampak ikhlas senyuman dia..dari hati..ecehhh..serius..kata pakar motivasi, kalau anda pernah jumpa orang begini atau jika dia di kalangan yang rapat dengan kamu, jangan lepaskan dia!sebab orang begini punya aura positip yang sangat kuat, dan mampu menarik ramai orang 'melekat' pada dia..

Orang yang ada aura positif dalam diri dia, akan lebih buat kita rasa rilex ja dengan dia. Kalau kita tengah serabut, cuba berdamping dengan orang yang macam ni. Pendek kata, dia tu macam penenang bagi kita. Bukan pelali tau.hahaha

jom train diri kite supaya menjadi orang yang begitu..practice dari senyuman yang ikhlas dan dari hati dan sulami dengan hati yang sentiasa mengingati Allah..subhanaAllah, indah bukan?


alhamdulillah...ini orang-orang yang buat saya tersenyum setiap pagi..orang-orang yang bertindak sebagai penenang pada saya..tq ALLAH



salam sayang,

BAHAYA hypertensi aka Tekanan Darah Tinggi boleh mengakibatkan STROK dan SERANGAN JANTUNG!

ASSALAMUALAIKUM


eh, belom apa-apa dah macam ni ke muka kita? cuba tengok cermin sekarang..kalau macam gambar di atas ni..awasss...heheee..kerja atau tidak, anda patut senyum tau..tips bina aura positip ialah senyum dan banyak berfikir yang positip..hehe ada gaya macam Prof Dr Muhaya tak? idol i tu tau..tapi betul, kalau anda banyak berkerut, stress, mudah marah, anda kena hati-hati sebab di takuti anda sebenarnya menghidap hypertension atau tekanan darah tinggi..bahaya ke? Bahaya ke tidak kalau penghidap hypertension atau tekanan darah tinggi ni berisiko menghidap strok dan mudah terkena serangan jantung secara tiba-tiba? Takut kan? jom, hari ni saya nak cerita pasal hypertension atau tekanan darah tinggi ni..Jangan terperanjat kalau saya kata penghidapnya kebanyakan muda belia..belom cecah umur 40 tahun pon..ngeri kan? jom dapatkan informasinya di sini

Hypertensi atau tekanan darah tinggi ialah keadaan di mana seseorang mengalami tekanan darah yang di atas 90 mm Hg (diastolik) atau lebih daripada 140 mm Hg (sistolik). Tekanan darah sebenarnya berubah-ubah megikut keadaan stress dan bebanan kerja seseorang. Maka, tekanan darah perlu di ambil dalam keadaan santai dan di lakukan beberapa kali sebelom diagnosis di jalankan. 



Hypertensi tidak memberikan gejala dramatik, tetapi merbahaya kerana ia meningkatkan risiko mendapat sakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. 


STATISTIK
Menurut statistik seorang dari enam individu mengalami hipertensi. Sebahagian besar orang yang menderita hipertensi berusia 35 tahun ke atas, 6% darinya terdiri dari golongan remaja dan juga 1% dari setiap kanak-kanak.

GEJALA HIPERTENSI

  • Mengalami pitam 
  • Penglihatan kabur 
  • Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress) 
  • Muka menjadi kemerahan 
  • Hidung berdarah secara spontan 
  • Sakit Kepala waktu pagi 
  • Telinga Berdegung / berdesing 
  • Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil 
  • Gayat tanpa sebab 


Pembuluh darah yang rosak akan merosakkan aliran darah. Mereka juga boleh pecah menyebabkan pendarahan atau menjadi tersumbat oleh bekuan darah yang keluar menutup aliran darah dan menyebabkan kerosakan. Kerosakan ini boleh terjadi di otak yang menyebabkan stroke; di jantung atau kegagalan ginjal di antaranya.

Kegagalan ginjal selanjutnya menyebabkan hipertensi bertambah serius kerana ginjal yang rosak tidak akan berjaya mengeluarkan air dan garam dengan baik. Ini adalah kerana ginjal yang tidak mendapat darah yang cukup menyingkirkan garam dan air secara aktif.

MEKANISMA HIPERTENSI DAN PENYEBABNYA


Hipertensi adalah disebabkan oleh satu atau lebih dari faktor-faktor berikut:
  • tekanan yang meningkat di dinding pembuluh darah.
  • peningkatan isipadu darah akibat peningkatan tahap garam dan lemak dalam darah (kepekatan darah meningkat)
  • pembuluh darah mengeras dan hilang keanjalannya disebabkan oleh arteriosklerosis. 
Punca utama di balik mekanisma hipertensi ini tidak difahami sepenuhnya, tetapi faktor-faktor berikut menyumbang kepada hipertensi: 
  • pengambilan garam yang tinggi
  • pengambilan lemak yang tinggi
  • tahap kolesterol yang tinggi dalam darah
  • stres di tempat kerja dan dalam kehidupan sehari-hari
  • merokok- pengambilan alkohol secara berlebihan
  • masalah berat badan berlebihan
  • tidak aktif dan kurang bersukan
  • kegagalan ginjal 

GAYA HIDUP UNTUK MENCEGAH HIPERTENSI

Perubahan gaya hidup merupakan komponen penting dalam rawatan hipertensi. Kadang-kala tindakan tersebut cukup untuk menyembuhkan keadaan pengidap hipertensi. Perubahan tersebut adalah:
  • mengurangkan pengambilan garam.
  • mengurangkan pengambilan lemak, dan terutama lemak tepu.
  • penurunan berat badan 
  • berhenti merokok
  • mengawal tahap kolestrol dalam darah
  • bersantai dan mengurangkan tahap stres, misalnya dengan meditasi dan latihan otogenik. 
  • kerap bersenam. 

SUPLEMEN YANG BOLEH DICADANGKAN


1. Protein - Energizing Soy protin (ESP) :

  • merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP jugaMembantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.
  • Lebih lagi cerita ESP DI SINI

2. Omega Guard


Penting untuk pengedaran darah dan menurunkan tekanan darah. Ia melindungi sel-sel otot jantung, menurunkan kadar lemak dalam darah. Kelebihan Omega Guard Shaklee :
  • menggalakan pertumbuhan mental dan menguatkan memori
  • mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah
  • mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus
  • mengurangkan radang sendi
  • mencegah penyakit jantung 
  • mengawal kandungan kolestrol - melegakan kesakitan sendi dan arthritis
  • meningkatkan kualiti penglihatan
  • melegakan eczema
  • membantu mengawal berat badan
  • lebih banyak tentang omega - disini
3. Garlic complex.

Bermanfaat bagi kesihatan jantung, meningkatkan pengedaran darah dan berkesan dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia secara berkesan dapat mengurangkan kekejangan yang terjadi di arteri kecil, mengawal degupan jantung dan mengubahsuai irama jantung. Selain itu, bawang putih dapat mengurangkan gas dalam saluran pencernaan, rasa kebas, pening dan sesak nafas.

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh 

1.  Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana       mengandungi ekstrak spearmint. 
2.  Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan         sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema,       kulat, kuman, virus dan yis candida 
3.  Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit       alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis 
4.  Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung       perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman. 
5.  Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic       sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang       merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara       penyebab tekanan darah tinggi meningkat. 
6.  Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam       tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung       dalam tubuh tanpa kita sedari. 
7.  Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah,       mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang      strok dan penyakit koronari. 
8.  Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan       pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana       mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh       dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser. 
9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan      pergelangan kaki 
10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan       brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus) 
11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan        meransang hati untuk mengawal gula dalam darah 
12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:       
- Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)       
- Perut memulas (stomach upset)       
- Cirit-birit (Diarrhea)       
- Bronkitis       
- Luka-luka (infected wounds)       
- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing



Nampak kan..banyak keburukan stress dan hypertension ni..darah tinggi meningkat dan mengakibatkan penyakit lain pulak..dannn..muka pon tak pasal-pasal nampak lebih tua dari usia tau..betul..orang yang jarang senyum dan mudah stress ni, mudah dapat penyakit, hati tak tenang dan memang nampak tua dari usia..



salam sayang,

meneroka RAHSIA kasih sayang ALLAH


Biar rebah jangan berubah
Biar terbuang teruskan berjuang
Ujian adalah tarbiyah dari Allah 
semakin dekat padaNYA semakin kuat ribut taufan yang melanda
Usah resah bila diuji
pasti kebahagiaan bakal di miliki
Kerana janji Allah itu PASTI

assalamualaikum..saya masih dalam mood bercerita dan berkongsi..hari ni, pagi ini Allah gerakkan hati saya menghubungi kakak aka sahabat ini..banyak yang saya fahami hari ni..mungkin apa yg sahabat ini cakapkan adalah jawapan kepada apa yang saya cari selama ini? Hanya Allah yang tahu..sesaat ke hadapan pon bukan dalam pengetahuan saya..inikan pula setahun akan datang malah sepuluh tahun akan datang..ada sebab Allah rahsiakan masa depan kepada kita..hari ni..saya nak bawa anda menyusuri cerita2 hebat dalam meneroka rahsia kasih sayang Allah pada hambaNYA..moga cerita ini dapat beri manfaat pada anda semua para pembaca yang saya sayangi



Allah swt berfirman, “mintalah (berdoalah) kepada-Ku, niscaya Aku akan mengabulkan bagimu.” (QS. Al-Mu`min:60)

Kisah 1 

Tatkala Dzunnun Al Misri hendak mencuci pakaian di tepi sungai Nil, ia melihat seekor kalajengking yang sangat besar hendak menyengat dan mendekati dirinya. Ia pun cemas dan segera memohon perlindungan kepada Allah swt agar terpelihara dari cengkraman hewan itu. Saat itu pula kalajengking tersebut malah membelok dan berjalan cepat menyusuri tepi sungai. Dzunnun pun mengikuti di belakangnya.
Kalajengking itu terus berjalan menuju pepohonan yang rindang. Di bawah salah satu pohon yang berdaun banyak itu berbaringlah seorang pemuda yang sedang dalam keadaan mabuk. Kalajengking itu pun mendekati pemuda yang sedang terlelap itu. Dzunnun yang mengamati kejadian itu sangat khawatir kalau-kalau kalajengking itu akan membunuh pemuda itu.
Dzunnun semakin takut dan kaget ketika tiba-tiba ada seekor ular yang juga mendekati pemuda itu. Akan tetapi yang terjadi kemudian sangatlah di luar dugaannya. Sang kalajengking justru menyengat kepala ular itu sehingga ular tersebut tak berkutik lagi.
Setelah itu, kalajengking berjalan meninggalkan pemuda yang masih tertidur itu dan kembali ke sungai. Dzunnun pun mengikuti kalajengking itu hingga ke tepi sungai. Kemudian Dzunnun kembali lagi ke tempat pemuda mabuk tadi dan berkata,
Wahai orang yang sedang kelelapan

Allah Yang Maha Agung selalu menjagakan
Dari setiap kekejian yang menimbulkan kesesatan
Mengapa bisa si pemilik mata sampai ketiduran?
Padahal mata itu dapat mendatangkan berbagai kenikmatan.”

Ternyata si pemuda mabuk mendengar perkataan Dzunnun. Ia bangun dalam keadaan terperanjat. Dzunnun pun langsung menceritakan apa yang telah terjadi. Maka, setelah si pemuda mendengarkan cerita Dzunnun, ia langsung bertaubat kepada Allah swt. Ia menjadi sadar, betapa kasih Allah swt sangat besar kepada hamba-Nya, bahkan kepada seorang pemabuk seperti dirinya, Allah swt masih memberikan perlindungan dan kesempatan untuk bertaubat.

Kisah 2

kisah pengalaman Ibrahin bin Adham. Ibrahim menceritakan bahwa suatu hari ia pernah diberi makanan oleh suatu kaum yang ia kunjungi. Ketika hendak menyuapnya, tiba-tiba dating seekor gagak mengambil makanan itu. Ibrahim segera mengintai kemana gagak itu pergi. Tidak beberapa jauh gagak itu tiba-tiba menjatuhkan makanan yang diambilnya itu ke sebuah tempat. Ibrahim segera pergi ke tempat itu. Sesampainya di sana Ibrahim tahu, bahwa ternyata makanan tersebut dijatuhkan ke mulut seorang yang sedang terbaring dalam keadaan terikat. Maha suci Allah yang telah menggerakkan gagak ini untuk membantu hambanya yang tidak bisa berbuat apa-apa.

Kisah 3

Rasulullah SAW pernah bersabda:  

"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan" 

'Apakah yang harus aku catit?' Malaikat yang di sebelah kiri bertanya,

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan". 

Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?' 

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." 

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." 

Demikianlah rahmat Allah SWT kepada hambaNya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Bukti lainnya kita saksikan di dalam diri kita. Allah ciptakan jantung yang sangat menentukan bagi hidup dan tidaknya tubuh yang kita miliki. Allah ciptakan mata untuk melihat. Allah ciptakan tangan, kaki, pendengaran. Allah ciptakan akal. Tanpa itu semua kita akan mati. Kemanusiaan kita tidak akan berfungsi. Allah tahu bahwa akal kita sangat terbatas. Ia perlu bimbingan wahyu untuk bagaimana menjalani hidup kemanusiannya di muka bumi. Karana itu  Allah utus nabi-nabi. Tugas mereka adalah membimbing manusia bagaimana cara hidup. Dan kepada nabi terakhir Muhammad SAW, Allah turunkan syariat yang lengkap iaitu " Al-Qur'an "



Kasih sayang Allah swt kepada hambanya memang tak terbatas. Bahkan kepada orang yang telah berbuat dosa. Allah swt masih memberikan nikmat-Nya melalui kehidupannya di dunia, berkumpul dengan keluarga dan orang-orang yang disayanginya, serta nikmat lainnya. Selain itu, Allah swt juga memberikan kasih-Nya dengan mengampuni dosa-dosa seseorang apabila ia memohon ampunan Allah dan bertaubat.

Dari Anas bin Malik, dia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Allah swt berfirman, ‘Wahai Anak Adam (manusia)! Sesungguhnya apa yang kamu minta dan harapkan kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampuni dosa-dosamu dan Aku tidak peduli. Wahai Anak Adam! Andaikata dosa-dosamu mencapai awan di langit (sejauh mata memandang ke langit), kemudian kamu meminta ampun kepada-Ku niscaya Aku akan mengampunimu. Wahai Anak Adam! Sesungguhnya andaikata kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa-dosa (kecil) sepenuh isi bumi, kemudian kamu bertemu dengan-Ku (mati dengan memohon ampun dan tanpa berbuat syirik), tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu apapun, niscaya Aku akan mendatangkan ampunan kepadamu sepenuh isinya pula.” (HR. at-Turmudzy)

Sebagaimana seorang pekerja yang berharap agar majikan suka dan sayang padanya serta beri bonus lebih kepadanya, sudah tentulah dia akan buat apa yang disukai oleh majikannya sahaja serta meninggalkan apa yang tidak disukai majikannya,maka begitulah umpamanya.Kita berharap Allah sayang dan jaga serta beri apa yang kita hajatkan, maka kita perlu laksanakan apa yang disuruh oleh Allah, meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Kita buat apa yang Allah suka, dan kita tinggal apa yang Allah bencikan.



Allah suruh kita ambil Islam sebagai cara hidup kita, maka dalam hidup kita, kita menolak Illah (sembahan) selain Allah.Allah suruh kita berakhlak dengan akhlak mulia, maka kita memelihara akhlak kita.Allah suruh kita tinggalkan kata-kata kesat dan tidak elok, maka kita tinggalkan.

Pendek kata, bila mana kita menjaga apa yang Allah minta dan apa yang Allah suka, sudah pasti Dia akan beri 'bonus' pada kita, tak? Tapi 'bonus' tu dalam bentuk macam mana, ye?

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah,5 yang bermaksud:

"Mereka itu berada di atas petunjuk daripada Rabb mereka dan mereka itu tergolong dalam orang-orang yang berjaya."

Allah telah janjikan orang-orang yang menjaga hubungannya dengan Allah, mereka sentiasa ditunjukkan Allah ke jalan yang benar, malahan tergolong dalam golongan yang berjaya, bukan sahaja di dunia, bahkan akhirat.



salam sayang dari saya 


RAHSIA solat dhuha..jom istiqamah ber-dhuha

assalamualaikum

pagi2 macam biasa, hantar Wiyah ke school, g breakfast then baru anto Luqman ke umah mak..then baru lah ke opis..hari ni semangat nak share tentang rahsia solat dhuha..solat dhuha ni lamaaa dah mak suruh saya buat..before saya join Shaklee lagi..mak abah memang tak pernah tinggal solat dhuha ni..mybe sebab tu saya tengok mak sentiasa 'ada' di saat tak berapa senang sekalipon..kalau dia nak ape2, alhamdulillah memang mudah..mungkin salah satu amalannya ialah solat dhuha..dan alhamdulillah, since bershaklee, saya dapat istiqamah berdhuha..memula mungkin buat sebab nak dapat itu ini..tp lama2, kite akan buat kerana Dia, si pemberi rezeki, ya kerana Allah Taala..


hasil blogwalking semalam, ade entry pasal rahsia solat dhuha ni..saya share di sini beberapa rahsia dari beberapa blog ya..



Manfaat Solat Dhuha

Adapun diantara keutamaan atau manfaat shalat dhuha ini adalah apa yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Ahmad dari Abu Dzar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh orang lain agar melakukan amal kebaikan adalah sedekah, melarang orang lain agar tidak melakukan keburukan adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat dhuha.”

Juga apa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Buraidah bahwa Rasulullah saw bersabda,”Dalam tubuh manusia itu ada 360 ruas tulang. Ia harus dikeluarkan sedekahnya untuk tiap ruas tulang tersebut.” Para sahabat bertanya,”Siapakah yang mampu melaksanakan seperti itu, wahai Rasulullah saw?” Beliau saw menjawab,”Dahak yang ada di masjid, lalu pendam ke tanah dan membuang sesuatu gangguan dari tengah jalan, maka itu berarti sebuah sedekah. Akan tetapi jika tidak mampu melakukan itu semua, cukuplah engkau mengerjakan dua rakaat shalat dhuha.”

Masa ber-dhuha?

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 12:00 tengah hari.


Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”


Cara Perlaksanaan Solat Dhuha

Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam

Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:


Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:


Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”.

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.

Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Pengalaman Pengamal Solat Dhuha

saya kongsikan cerita menarik ini untuk tatapan anda yang saya ambil petikannya di sini..moga membuka hati kite untuk kuat semangat menunaikan Dhuha kerana Allah Taala jua

---------------------------------------------

Saya ingin berkongsi tentang amalan saya dan saya tidak mempunyai niat untuk riak atau menunjuk-nunjuk apabila menceritakan rahsia solat dhuha berdasarkan pengalaman saya ini.
Sejak sekolah, saya hanya tahu solah sunat rawatib, tarawih dan witir. Itu sahaja. Zaman universiti pun sama sahaja, sangat liat untuk mengerjakan solat sunat. Cukuplah solat fardu. Itupun subuh selalu tersasar dari waktunya.
Tetapi, semasa saya mula latihan industri/ praktikal di sebuah syarikat swasta, saya telah menanam azam yang tinggi untuk mengerjakan solat sunat dhuha dan taubat setiap hari. Pada masa itu, saya mahu berkahwin. Saya mula menyuarakan kepada ibu bapa saya yang saya mahu berkahwin walaupun tidak bekerja lagi. Ibu bapa saya pun runsing juga.
Tapi, saya kuatkan amalan agama saya seperti memperbanyakkan solat sunat, baca alquran, baca yassin setiap hari dan berzikir.
Akhirnya setelah 4 bulan menjalani praktikal, saya kahwin. Saya juga dapat pekerjaan di syarikat yang sama semasa praktikal. Rezeki alhamdulillah.
Syukur pada Allah, sampai sekarang masih dilapangkan masa untuk mengerjakan solat dhuha. Rasanya sudah lebih dua tahun saya cuba istiqamah menunaikan solat sunat ini.Saya selalu buat 2 rakaat dan kadang-kadang 4 rakaat. Itupun ada yang tertinggal sehari atau dua hari disebabkan hal-hal tertentu. Tapi hati ini terasa berat apabila meninggalkan solat ini.
Pernah suatu ketika, saya mahu mencari rumah sewa di Rembau, tengok dekat mudah.my tidak ada yang iklankan rumah untuk disewa. Saya pergi ke masjid pada hari Sabtu pukul 8 pagi, menunaikan solat ini sebanyak 4 rakaat. Rakaat pertama saya baca surah ayatul-qursi 11 kali, dan rakaat kedua surah al-ikhlas 11 kali. selepas itu saya berdoa agar dapat jumpa rumah untuk disewa.
Memang betul, saya pergi round di sekeliling taman perumahan dan bertanya kepada makcik yang sedang mencangkul depan rumahnya. Makcik tu kata, rumah depannya itu baru sahaja keluar dua hari yang lalu dan saya dapat menghubungi tuan rumah tersebut untuk bertanya pasal harga sewa.
Selang sejam lepas itu, isteri saya mengatakan ada kawan dia mahu berpindah, dan saya bolehlah menyambung sewa di rumah kawan itu. Memang sungguh ajaib ketika itu, macam mudah sahaja dapat rumah sewa.
Sebenarnya banyak lagi rezeki yang Tuhan bagi. Lelagi dapat menyuapkan nasi ke mulut. Setiap kali suap, terasa nikmat syukur dapat makan dengan baik. Kalau kena ulser mulut, tergigit lidah ke, tangan luka ke, mesti kurangnya nikmat makan itu. Alhamdulillah kita masih dikurniakan rezeki makan.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menanam azam menunaikan solat dhuha setiap hari. Tunaikan seikhlas mungkin. Dan berdoalah kepada tuhan untuk memohon rezeki dengan ayat ini:
Ya Allah, jika rezekiku di langit, turunkan ia,
jika rezekiku di dalam bumi, keluarkan ia,
jika rezekiku jauh, dekatkan ia,
jika rezekiku susah, mudahkanlah ia,
jika rezekiku haram, sucikan ia.
Tunaikanlah pada setiap hari, sekurang-kurangnya 2 rakaat.

Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang
… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

selamat beramal 

 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in