3 supplement KECANTIKAN yang ANDA WAJIB grab bulan ini!

assalamualaikum

tak nak cerita banyak arini..sebab less than 10 hari lagi before promo bulan December yang SUPER GOJEZZ ni TAMAT! 3 product..promo dalam masa sebulan..memang HURU HARA! semua nak banyakk dan cepat..ok..saya nak kasi review sket ketiga-tiga product ni..

1) Vitamin C Plus (Sustained Release Formula)

faedah Vitamin C-Plus - klik gambar untuk lebih jelas

siapa patut ambik VITAMIN C-PLUS ni??
> individu yang punya masalah kekurangan Vitamin C seperti berikut :

  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)
Baca lebih banyak mengenai Vitamin C dalam article HOT kat sini



2) Vitamin E-Complex


faedah Vitamin E - klik gambar untuk lebih jelas

Vitamin E memang dikenali sebagai vitamin cantik dan popular sebagai VITAMIN CINTA atau VITAMIN INTIM..hanya yang dah makan vitamin e ini sahaja mengetahui maksud vitamin cinta ni..syhhhh..kalau nak tau kenalah email ya..and lagi..Vitamin E juga sangat perlu untuk mereka yang ingin hamil..

Info tambahan : Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan

baca TESTIMONI yang AWESOME untuk pengguna tegar VITAMIN E disini


3) Collagen Powder

faedah Collagen Powder Shaklee (klik gambar untuk lebih jelas)

Collagen Powder Shaklee memang mencetuskan FENOMENA KOLAGEN..bagi pengguna tegar kolagen, mereka akan bagi feedback sangat puas ati tentang collagen powder Shaklee ni berbanding Collagen di luar..dengan kesan yang sangat pantas, anda boleh melihat perubahan pertama seawal seminggu penggunaan tau!

Shaklee malahan beri jaminan tau! Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.

Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan
Faedah tambahan :: menyokong KESIHATAN SESENDI & MENGUATKAN TULANG. Bantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.

lebih banyak info dan TESTIMONI COLLAGEN POWDER, sila klik sini

jadi, apa tunggu lagi..promo 3 supplement KECANTIKAN ini HANYA ada dalam bulan december sahaja tau..jangan tunggu..

pm me..whatsapp..email..dapatkan juga info bagaimana nak join keahlian Shaklee secara PERCUMA! Dan peluang menikmati BONUS setiap bulan dan percutian taraf 6 bintang dengan SHAKLEE! saya sudi membimbing anda

salam sayang,

50 sebab untuk rasa gembira bila anda HAMIL!

assalamualaikum

Anda bangun pagi, ambik kit pregnancy...anda dah tau sebenarnya naluri anda..anda tau ada 'seseorang' inside you..dan bila 5 min lepas tu anda check pregnancy kit..tahniah..anda pregnant! mungkin ini yang pertama kalinya..atau kedua..atau ketiga..atau yang ke berapa..itu tak penting..yang penting, Allah telah kurniakan rezeki yang sangat besar berupa 'anak' dalam rahim anda..yang akan anda bawak selama 9 bulan dan 10 hari sebelom baby keluar melihat dunia dan anda as a mom..


minggu ni ramai plak kekawan yang preggy..dan kerana itu, Hari ni saya nak kongsikan 50 sebab kenapa perlu hepi bila hamil..yess...ade yang tak ready lagi bila dapat tau dah pregnant..ade yang bila anak kecik lg dan dapati pregnant lagi, terus rasa bersalah, takot dan rasa belom bersedia lagi..atau mabuk yang teruk buatkan ada gloomy sepanjang tempoh kehamilan walaupon dah melepasi trimister pertama..jangan moody2..jomm baca dan enjoyyy...




1. Ingatlah semula minggu-minggu pertama semasa hanya anda dan suami sahaja yang mengetahui rahsia istimewa ini.


2. Mengetahui bahawa anda mempunyai sembilan bulan untuk merancang, bermimpi dan berfantasi.

3. Memilih pakaian materniti. Ia sangat praktikal dan seksi.

4. Kini anda ada alasan yang baik untuk memanjakan diri. Luangkan masa dalam mandian beraroma, pergi berurut atau lumurkan losyen yang menenangkan di perut.

5. Cuti bersalin di mana anda mempunyai dua bulan (atau tiga bulan jika anda penjawat awam) untuk bersama-sama dengan bayi anda.

6. Anda boleh mengikuti kelas pranatal dan membuat ramai kawan baru. Jangan lupa komuniti online kami. Ia adalah satu lagi cara yang baik untuk berjumpa dengan mereka yang dijangka bersalin sama dengan anda.

prenatal class kat KPJ Hospital JB

7. Ini merupakan satu-satunya masa dalam hidup di mana anda perlu meningkatkan berat badan tanpa rasa bersalah.

8. Jika ini adalah bayi pertama anda, nikmatilah sembilan bulan ini dengan tidur dan bangun lewat pada hari minggu. Anda tidak akan dapat kerap melakukannya lagi selepas ini.

9. Akhirnya anda mendapat payudara yang sering anda inginkan, yang juga bermakna anda mempunyai ...

10. ... alasan yang baik untuk membeli banyak coli baru yang cantik-cantik.

11. Akhirnya, anda boleh minta penumpang lain bangun dan memberi anda duduk dalam LRT, keretapi atau bas << ini pernah jd pada saya..bila bayar kat Jusco dapat keutamaan bayar dulu hihi

12. Anda mempunyai sesuatu selain daripada pokok bunga dan kucing untuk dibela dan dijaga!

13 Tiba-tiba anda mendapat banyak perhatian daripada ibu bapa, makcik dan pakcik, dan tidak lupa juga, suami anda.

14. Anda mungkin dapati hubungan anda dengan kakak, sepupu atau rakan-rakan yang telah menjadi ibu semakin rapat. Tahniah, anda baru mendapat keahlian percuma dalam kelab ibu bapa!

15. Memberitahu ibu, ayah, kakak, abang, makcik dan sepupu-sepapat lain mengenai berita gembira ini dan melihat wajah mereka menjadi ceria.

16. Kebolehan baru! Samada melipat lampin guna semula atau memasang katil bayi, tiba-tiba anda dapati anda suka mencuba kebolehan baru.

17. Tiba-tiba anda rasa begitu menghargai ibu anda dan segala yang beliau lalui semasa mengandung dan melahirkan anda << indeed 

18. Menghias bilik bayi.

19. Merasa tendangan pertama si kecil dan berfikir, “Adakah itu tendangan, atau cuma angin?” << excited sgt bila dapat rasa first baby kick 

20. Tidak rasa bersalah langsung apabila meminta suami keluar membeli sate diikuti dengan aiskrim coklat dan cendol << hahahaa dengan alasan baby nak makan..mmg tak rasa bersalah langsung!

21. Ibu bapa anda mengeluarkan semula katil bayi atau kereta sorong anda dahulu yang mereka simpan selama ini khas “untuk saat-saat ini”.

22. Pergi berjalan dengan suami anda dan menghirup udara segar kerana ia bagus untuk anda dan bayi.

23. Mengingati semula mimpi-mimpi pelik yang anda alami pada akhir kehamilan dan ketawa mengenainya bersama kawan-kawan.


24. Merasa bonjolan-bonjolan kecil seperti tapak kaki di perut anda dan mengetahui bahawa tidak lama lagi anda akan berjumpa dengan tuan punya kaki itu! << yup, lagi2 di akhir kehamilan!

25. Memilih pakaian bayi dan merancang apa yang anda hendak beli << excited bab shopping lagi2 untuk first baby

26. Menulis diari kehamilan untuk dibaca oleh anak anda pada masa hadapan.

27. Meminta seseorang mengambil gambar anda sedang tersenyum melihat perut anda yang memboyot supaya satu hari nanti anda dapat melihatnya semula dan rasa tidak percaya anda boleh jadi sebegitu besar << en hubby yang selalu ambikkan gambar sbb saya rasa tak sanggup nak tgk gambar sendiri masa preggy..sebab membesar bagai johan! naik 20kg you!

28. Dapat tahu berapa ramai mereka di luar sana yang bersedia untuk menjaga anda: nenek, datuk, mak dan ayah, nenek saudara yang selalu memarahi anda kerana menggunakan cawan-cawannya untuk bermain masak-masak, doktor, jururawat, kaunselor penyusuan...

29. Baring di katil dengan tangan suami anda memeluk perut anda yang memboyot dan mengetahui bahawa cinta anda berdua telah mencipta satu kehidupan yang baru.

30. Menikmati kelebihan-kelebihan seperti keluar makan malam, bercuti pada hujung minggu dan apa-apa lagi yang anda mungkin tidak dapat lakukan dengan mudah sebaik sahaja bayi anda lahir.

31. Mengetahui bahawa sejak daripada ini, apa-apa sahaja yang berlaku, anda tidak akan berasa bosan lagi.

32. Membuat kawan baru apabila anda pergi membeli-belah. Setiap orang mempunyai kisah kehamilan yang hendak dikongsi!

33. Anda boleh mengabiskan masa sepanjang malam berdebat mengenai nama bayi << semua orang nak tolong bagi nama, tp at last we choose it ourself :)

34. Membayangkan bagaimankah rupa si kecil anda. Pastinya hidung suami yang mancung dan mata anda yang seksi! 

35. Bermimpi mengenai, “Anak saya seorang menteri/artis popular/pakar bedah otak.”


36. Melihat perut anda yang memboyot dalam cermin dan mengetahui ada seseorang di dalamnya!

37. Cuba meneka apakah sebenarnya imej-imej samar yang tertera pada monitor pengimbas ultrabunyi itu. Meminta supaya gambar itu dicetak untuk dibawa pulang dan dilekatkan di dinding kubikel anda, atau menyimpannya di dalam beg untuk dicuri-curi pandang semasa duduk di dalam LRT << indeed lah yg ni..walau tak nampak pape atau tak paham ape pon dalam gambar tu..tapi tetap nak mintak copy untuk bawak balik setiap kali scan hihi

38 Riak wajah suami anda tatkala dia melihat alat penguji kehamilan bertukar warna kepada biru, merenung perut anda yang semakin membesar atau merasa tendangan bayi di perut anda.

39. Membeli mainan comel yang pertama untuk bayi anda sendiri, bukannya untuk orang lain.


antara keperluan ibu dan bayi untuk di bawa ke hospital

40. Membuat panggilan kepada suami untuk memberitahu bahawa masanya sudah tiba! Proses kelahiran sudah bermula.

41. Mencuba semua senaman yang anda telah pelajari dalam kelas pranatal dan mendapati ia benar-benar berkesan!

4.2 Suami atau rakan pelahiran anda memegang dan menyokong anda semasa kontraksi berlaku dan mengetahui anda boleh menaruh kepercayaan kepada mereka << yup, sokongan suami dalam labour room sangat membantu


support suami masa dalam labour room adalah sangat membantu mengurangkan kesakitan

43. Apabila kontraksi semakin kuat, anda dapati bahawa senarai perkataan-perkataan sumpah seranah (dalam beberapa bahasa!) anda lebih panjang daripada yang anda sedar << yang ni tak buat..we as Muslim, kena banyak berzikir untuk lawan rasa contraction tu..dan bayangkan baby yang sedang berusaha untuk keluar melihat anda!

44. Membuat pilihan berdasarkan maklumat yang anda ketahui mengenai ubat penahan sakit dan mengetahui bahawa ianya sesuai untuk anda pada peringkat pelahiran tersebut.

45. Rasa lega dan gembira apabila secara tiba-tiba kesemua kesakitan anda hilang << yes, automatik bila baby dah kuar hilang semua rasa sakit

46. Merenung mata bayi anda yang baru lahir dan terus jatuh cinta << first love

47. Mendengar suami anda memberitahu rakan-rakan, pakcik jaga, makcik kantin dan entah siapa-siapa lagi kerana kegembiraannya tidak dapat dikawal << semua org sure excited! en hubby tukang update fb dan sekejap aje semua org dah tau..ade ke orang yang tak excited? hihi

48. Meraikannya! Tidak kira waktu, siang atau malam.

49. Membuat panggilan-panggilan telefon kepada rakan-rakan dan mengemaskini status di Facebook anda untuk mengumumkan berita gembira ini dan menerima jutaan ucapan tahniah daripada mereka.

50. Bangun tidur dan melihat bayi anda sedang tidur di sisi anda, membuatkan anda berfikir, ‘Wah, ini benar-benar terjadi! Saya kini seorang ibu!’ 

sumber : babycentre



gelak-gelak sebenarnya saya baca listing ni..ada yang betul..ada yang tak..hehee terus teringat saat2 preggykan kedua puteri dan putera saya tu..special moments..yes..semuanya..special..dari moment mendapat tahu preggy ke moment kesakitan bertarung nyawa di bilik bersalin..it was so special..tak kan ada moment terindah begitu unless kite bergelar preggy mommies..

kalau anda preggy dan mendapati anda tak happy, anda perlu buat sesuatu..bangunnn dan bayangkan baby anda yang comel tu..bayangkan semuanyaa..dan berusaha untuk berasa cergas dan sihat..bila anda sihat, anda akan lebih gembira dan cergas..nak tau set special untuk bakal ibu yang boleh bantu anda lebih sihat dan ceria? meh baca di sini 

Apakah perkara-perkara yang membuatkan kehamilan anda sangat istimewa? jom komen di sini dan kongsikan apekah moment pregnancy anda yang paling anda teringat dan special bagi anda




tahniah bagi semua pembaca yang sedang dalam moment bergelar ibu..jaga diri..jaga kesihatan dan sentiasa hepi ya!

salam sayang, 

Rahsia Hari yang penuh SUCCESS DAN HEBAT!

Assalamualaikum 
Nampak tak semangat pagi2 ni..macam singa ni..nampak tak..
Dapat bangun pagi adalah antara nikmat yang tidak terkira yang kita telah peroleh pada hari ini. Alangkah nikmatnya dapat bangun pagi, membuka kembali mata dan menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya kembali.
Namun, tidak ramai yang menghayati dan menghargai saat waktu bangun pagi. Sedangkan ucapan yang seharusnya kita ucapkan adalah ucapan kesyukuran dengan doa bangun tidur.
Apabila anda memulakan hari dengan permulaan yang baik, insyaAllah hari anda pada hari tersebut dirasakan seperti berjalan lancar dan dapat mencapai apa jua aktiviti yang anda telah rancang pada malam sebelumnya.
Tapi, jika pagi anda sudah tidak teratur dan berserabut memikirkan pelbagai perkara dan masalah, maka hari anda pada hari tersebut adalah seperti ribut,tidak tenang dan sentiasa tertekan.
Mulakan hari dengan keberkatan

Satu perkara yang dapat saya perhatikan, apabila anda memulakan hari dengan qiamullail (jika mampu), dan solat Subuh pada waktunya, ia sudah cukup untuk memberi permulaan hari yang baik, diberkati dan diredhai Allah.
Alangkah ruginya, terdapat juga mereka yang bangun lewat dan tertinggal solat Subuh dengan sengaja. Begitulah pagi mereka setiap hari. Jika bangun awal, maka akan solat Subuh dan jika lewat, terus pergi ke sekolah atau ke tempat kerja. Apakah yang paling penting, solat atau kerja?
Apakah hari yang dimulai dengan kemurkaan Allah merupakan hari yang ceria dan baik?
Na’uzubillah min zalik. Kita minta dijauhkan daripada kemurkaan Allah.
3 Tip Mulakan Hari Dengan Ceria dan Hebat
Mulakan pagi dengan setting pemikiran anda dengan 3 fikiran ini :
1.   Hari ini adalah hadiah dan peluang saya untuk melakukan yang terbaik
Sematkan di dalam fikiran anda, bahawa hari ini adalah masanya untuk anda kembali menyambung tindakan anda untuk mencapai impian anda kaya berjaya di dunia dan akhirat.
Simpan kejayaan atau kegagalan hari semalam dan biarkan ia. Yang lepas sudah lepas. Hari ini adalah peluang baru buat anda melakukan lebih baik dari semalam.
Mulai sekarang dan hari ini, fokus fikiran anda kepada perkara yang perlu anda selesaikan hari ini. Yang mana, sebelum anda kembali tidur pada malam nanti, anda gembira dan puas dapat melakukan apa yang telah anda rancang dengan baik.
2.   Masa paling sesuai adalah sekarang
Ramai yang menanti masa yang sesuai. Sedangkan tiada masa yang namanya masa sesuai. Yang ada hanyalah masa sekarang.
Kejayaan atau kegagalan adalah apa yang anda lakukan sekarang. Jika hendak berubah, berubahlah sekarang dan hari ini. Jika hendak bahagia, kenapa perlu tunggu kaya, bahagialah pada hari ini dan senyumlah. Nescaya anda bahagia. Jika hendak memulakan sesuatu projek, mulakanlah sekarang dan hari ini. Jika hendak bertaubat, bertaubatlah sekarang dan hari ini.
Jangan bertangguh lagi, kerana masa sekarang juga akan pergi. Hari ini akan pergi buat selamanya. Dan esok belum tentu menjadi milik kita. Yang kita ada adalah sekarang.
Jadi, jangan bazirkan masa yang ada. Lakukanlah sesuatu yang bermanfaat untuk hidup kita di dunia dan akhirat selagi kita mempunyai masa sekarang.
3.   Saya yang mencipta hidup saya
Hidup anda adalah anda yang mencorakkannya dengan izin Allah.
Setiap hari adalah lembaran kosong yang baru. Muka surat baru untuk anda menulis apa jua tindakan dan perbuatan baik atau buruk. Peluang hari ini adalah peluang untuk anda melakukan lebih banyak kebaikan dan memberi sebanyak-banyaknya.
Berhati-hatilah semasa anda menulis corak hidup anda hari ini. Kerana, ia juga akan bersambung pada keesokan hari. Jika tersalah tulis, kesannya mungkin anda akan lihat esok hari dan seterusnya.
Tulislah apa yang ingin anda jadi pada hari ini. Apa yang ingin anda lakukan pada hari dan jadilah sebagaimana yang anda telah tulis. insyaAllah hidup anda akan menjadi lebih bermakna apabila anda mencorakkan hidup anda hari demi hari.
Mulakanlah hidup dengan penuh rasa kesyukuran dan pengharapan semoga dipermudah Allah segala urusan kita setiap hari. Semoga kita bahagia di dunia dan di akhirat.

have a wonderful, successful MORNING! 

testimoni : RAHSIA PHYTOCOL-ST turunkan paras kolestrol dalam masa yang singkat!

Assalamualaikum

apa khabar mak ayah anda? sihat? cuba tengok..adakah mak ayah anda sihat? kalau mak ayah anda ada high colestrol, anda tak boleh buat diam aje tau..cuba bawak gi checkup dan beri kan mereka supplement untuk kawal dan bantu turunkan tahap kolestrol..sebab apa..kolestrol ni sillent killer..dari kolestrol yang tinggi boleh merebak ke darah tinggi, jantung, diabetes dan even strok..moga di jauhkan dari mereka yang kita sayang..



hari ni saya nak bawak cerita..testimoni kisah benar dari mak abah saya..alhamdulillah..rasa nak senyummm seharian..semalam abah whatsapp gambar blood test diorang..hari tu mak dan abah bagi review test darah diorang tp lupa nak snap pic..ni dah dapat terus update..memula before abah ambik PHYTOCOL-ST SHAKLEE, abah ambik test darah dulu..by the way..mak dan abah biasa buat medical checkup every month dan every 2 months diorang akan buat blood test..so after 2 bulan ambik PHYTOCOL, they did another blood test..dan alhamdulillah..kolestrol turun sangat! mak bila dapat tau, terus mintak sebotol PHYTOCOL-ST untuk dia makan..dan alhamdulillah result penurunan yang hampir sama dengan abah..syukur ya Allah.. 

meh, saya nak bawak anda tengok sendiri result before and after diorang..

result abah 

result mak

refer to picture atas..yg di highlight tu result BEFORE ambik phytocol..yg terkini tu yg sebelah tu..

bagi yang tak tau..bukan mudah nak turunkan tahap kolestrol ni..ada yang ambik ubat kolestrol kat farmasi atau klinik tapi payah nak turun..kenapa saya berani kata camtu? sebab both my parents memang dulu former kerja di hospital as nurse..dan, diorang juga pernah ambik ubat kolestrol and the result? ade turun 0.01 cam tu aja..dan, masa ambik result darah baru ni, doctor sampai teruja dengan penurunan kolestrol my parents siap tanya makan ubat ape lagi..ni yang saya nak share sepintas lalu mengenai PHYTOCOL-ST si pembunuh kolestrol!

PHYTOCOL-ST SHAKLEE
ni lah si pembunuh kolestrol yang sangat cekap 

Jom tengok sepintas lalu kebaikan PHYTOCOL-ST ni :


  • Membantu menghalang penyerapan kolestrol dalam darah dan menurunkan paras LDL. Disarankan 2000mg fitosterol setiap hari, 30min sebelum makan makanan berlemak.
  • Jika diambil secara konsisten, paras LDL menurun sebanyak 10% dan risiko serangan jantung berkurang sehingga 20%.
  • Memperbaiki imun sistem. Fitosterol akan meningkatkan keaktifkan T1 dan kurangkan keaktifan T2. T1 yang kurang aktif menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. T2 terlalu aktif menyebabkan alergi, kulit kering dan gatal, arthritis dan sebagainya.
  • Meningkatkan keselesaan sendi.
  • Membantu merangsang penghasilan insulin.
  • Mengurangkan simptom prostate membengkak seperti kerap buang air, tidak boleh mengawal air kencing, air kencing berkurangan dan sebagainya.


apa pula kelebihan PHYTOCOL-ST berbanding ubat kolestrol yang lain??


  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
  • Halal  


Siapa yang sesuai ambik PHYTOCOL-ST ni? :

>> SEMUA individu..kerana kolestrol ialah silent killer..terutama bagi mereka yang makan tak tentu masa, food-lover (macam saya), gemar ambik makanan fast-food, gemar makan di restoran, dan yang punya keturunan tinggi kolestrol (termasuk keturunan sakit 3 serangkai - jantung, darah tinggi dan diabetes)..dan terutama bagi mereka yang punya masalah di bawah :

  • Tekanan Darah Tinggi 
  • Jantung 
  • Diabetes
  • Obessiti - berat badan berlebihan (termasuk perot buncit)


semua orang..di ulang..semua orang dah tahap WAJIB ambik PHYTOCOL-ST ni..lagi2 rakyat Malaysia yang suka makan tu..eh, yang kurus pon sama..saya ade seorang rakan yang sangat skinny tapi tahap kolestrol dia MashaAllah sangatlah tinggi sampai muda2 ade masalah diabetes dan jantung..jadi, jagalah kesihatan anda..sayangi diri anda..

lagi satu..bagi mereka yang punya tahap kolestrol melimpah ruah..kita boleh dapat kesan salah satunya dengan tengok di keliling kulit bawah mata atau di kelopak mata..jika ada timbul kutil2 ala2 jerawat kecik2 tu..itu tanda bahaya..anda punya sangat banyak kolestrol dalam darah..

baca KENAPA KOLESTROL SANGAT BAHAYA -->> di sini

untuk anda yang NAK TIPS EXCLUSIVE MENURUKAN TAHAP KOLESTROL DENGAN CEPAT, boleh pm saya ya..

sayangi diri anda sebelom terlambat

salam sayang,



Breastfeeding isn't just about milk..It is also about LOVE

Assalamualaikum dan Salam sejahtera mommies,

khas buat semua breastfeeding mommies...kerana anda adalah wanita istimewa..yang dipilih dan terpilih..untuk memberikan titisan emas kepada insan tersayang..kerana..penyusuan susu ibu bukan sekadar memberikan susu tapi ianya lebih kepada memberikan cinta, kasih dan hubungan yang Allah kurniakan khas untuk ibu kepada setiap anak..berikan mereka semuanya dalam penyusuan susu ibu..keep calm..keep fighting..give only the best yang Allah dah sebut dalam al-Quran..hingga mereka berusia 2 tahun..inshaallah 




Perjalanan penyusuan akan menjadi lebih indah dan bermakna jika kita mengambil pengajaran dari setiap apa yang dilalui sepanjang tempoh penyusuan.

Hidup kita adalah satu proses pembelajaran yang tiada berpenghujung. Penyusuan ibu adalah salah satu syllabus yang perlu kita pelajari selagi kita bergelar ibu.

Menyusukan anak mengajar aku erti kesabaran sebenar
sabar dengan kerenah dan ragam si kecil
aku lebih tabah menghadapi apa jua dugaan
Kecil mahupun besar
Sakit ataupun perit

Menyusukan anak mengajar aku percaya pada anakku
aku belajar memahami keperluan anakku
naluriku memberitahu
bilakah saat dia memerlukan pelukan dan belaian, 
bila waktu laparnya
ku tahu waktu dia merasa kesunyian
aku memahami dirinya tatkala dia membesar

Menyusukan anak membuatkan aku yakin dengan keupayaan diri
aku yakin pasti dapat membesarkan anak dengan susuku sendiri
aku mampu melakukan apa sahaja yang diinginkan
yang selama ini aku tak fikir aku mampu

Menyusukan anak mengajarkan aku jadi lebih kuat 
lebih gagah di luar walaupun kelihatan lemah
makin lama makin kebal di dalam
aku lebih tegas pada diri sendiri
ia mengajar ku tidak mudah mengalah

Menyusukan anak mengajarkan aku untuk lebih sayang pada diri sendiri
aku belajar yang aku perlu cintai diri sendiri
sebelum mencintai orang lain
aku perlu cintakan diriku supaya cintaku dialirkan ke anakku dengan lebih mudah

Menyusukan anak membuatkan aku mengambil berat akan kesihatan diri
aku mula mengamalkan pemakanan sihat
aku tahu bila perlu rehat bila penat
aku mula berhati-hati dengan corak pemakanan harian

Menyusukan anak mengajar aku jadi berdisiplin
aku yang dulu malas, sekarang jadi rajin
aku yang dulu culas, sekarang patuh berjadual
ia membantu aku lebih menghargai masa

Menyusukan anak membuat aku lebih menghargai ibuku sendiri
Mengajarkan aku yang kasih sayang ibu tiada taranya
Perit melahirkan, penat menyusukan
Semua itu tiada terbalas jasanya

Menyusukan anak menjadikan aku lebih dekat dengan Allah
kerana aku mahu rezeki susu yang banyak dari-Nya
sebab aku mahu Dia permudahkan penyusuanku
sebab aku bersyukur dengan rezeki kurniaan-Nya
kerana aku mahu belajar jadi ibu yang terbaik untuk anakku

Aku bukan lagi aku yang dulu
Aku seorang ibu menyusu
Aku pejuang penyusu!

sumber : Pumponthego

me and my breastfeed baby - Luqman




salam sayang,

11 makanan penambah susu badan..mana satu milk booster anda?

assalamualaikum

dah makan ke belom korang? saya since bergelar breastfeeding mommy memang lah tak boleh nak diet sangat..mudah rasa lapar tapi tak de lah lapar sangat..hehee tapi memang nak mengunyah aje..tapi tapi tapi...kena jaga-jaga..apa yang kita makan baby yang breastfeed pon dapat jugak tau..dan, since masa berpantang saya sentiasa mencari makanan yang boleh bantu merangsang pengeluaran susu ibu selain supplement yang saya memang ambik seharian..

so article kali ni saya nak share makanan semulajadi yang boleh di kategorikan sebagai milk booster...jom tgk..



1. Lobak putih / merah



Lobak dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu badan yang banyak terutamanya lobak putih. masa dalam pantang, seminggu 2-3 kali jugak mak masakkan sayur lobak putih ni..memang sedap dan kena lah dengan selera saya..hihi..lawan plak dengan nasi panas dan ikan goreng atau ikan bakar,..lajuuu je suap!

2. Bayam

sayur Bayam 

Sesetengah mommies tak ambik bayam sebab ada yang mengatakan bayam ni makanan 'sejuk' dan takot kembung baby kan..tapi kalau dah lepas pantang boleh la cuba..simple dan sedap..sebab bayam ni rasanya manis kann..

3. Sawi



Satu lagi sayur hijau yang juga tersenarai sebagai makanan milk booster ialah sayur sawi..walaupon sedikit pahit tapi khasiatnya sangat banyak dan sawi juga dipercayai boleh membanyakkan susu badan. malah ibu hamil juga digalakkan untuk makan sayur sawi dengan lebih kerap untuk membantu mengelakkan masalah sembelit.

4. Barli



Barli ni memang favourite saya! setiap hari memang saya pastikan minum barli ni..tak kira lah suam ke sejuk ke..Barli dipercayai dapat membantu menyejukkan badan. sama ada boleh rebus sehingga kembang dan minum airnya setelah suam..boleh juga di tambah dengan gula untuk mengelakkan rasa payau..

5. Jantung Pisang



Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu. Cicah pulak dengan air asamm...slurrppp..makan dengan nasi panas pon dah cukup untuk buat alasan menambah nasi kali ke dua! hehee

6. Longan Kering dan kurma merah



Buah longan kering dan kurma merah kering ini di katakan bersifat 'sejuk' dan baik untuk kesihatan. (Ada pendapat daripada seorang rakan lain pula menyatakan buah ini bersifat 'panas'). Ia sangat mudah didapati di kedai ubat tradisional cina, juga adakalanya terdapat di beberapa pasaraya besar. Dalam bahasa Cina, ia dikenali sebagai 'geng geng'. Biasanya orang membeli buah yang sudah dikeringkan, dibuang kulitnya dan siap dipek di kedai ubat cina dengan kadar RM5 sebungkus, untuk tiga hingga empat kali rebusan..kalau tak sempat saya biasanya beli aje air longan kat pasaraya tu..minum ready made..hehe semua nak mudah ye tak..

dan biasanya saya suka sangat minum air chikong..terbaik sangat air ni sebab dalam ni semuaa ada..dari barli, longan kering hingga ke kurma merah tau..kalau time badan panas, rasa nak demam elok sangat minum ni..

air laicikang / cikong yang super sedap!

7. Halba atau fenugreek


Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut..Dan ada juga yang suka letakkan halba dalam masakan seharian..dan nowadays, dah banyak cookies dan minuman yang ade fenugreek dalamnya untuk tujuan merangsang dan melancarkan susu..halba mencetuskan panas badan..ada sesetangah mommies dan baby tak serasi, jadi anda patut cuba dulu sedikit untuk pastikan baby dan anda tak alah pada halba ya

halba


8. Buah Kurma



Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu..masa preggy lagi saya dah biasakan makan kurma at least 3 biji sehari..dan makin bertambah bila masuk fasa berpantang..sebab kurma ni sangat kaya dengan serat..dan sekaligus kasi kita lebih kenyang dan perot full..sehari biasa saya ambik ini 3 kali sehari..setiap kali 3 biji..lagi2 masa berpuasa..sangat membantu saya bertahan sampai ke petang..dan antara resepi yang biasa saya buat with kurma ialah..saya blend with ESP Shaklee..sedap dan sangat mengenyangkan dan beri tenaga yang instant..tak percaya? cuba lah dulu ya..

9. Betik muda

sayur betik muda masak air :)


Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

10. Susu, Horlicks dan Milo



semua air yang jenis malted drinks adalah di katakan membantu dalam merangsang pengeluaran susu ibu..dan antara yang yang memang saya minum hari2 ialah hot chochlate (tak memadan tekak ku ni kann) atau yang terbaru ni ade lah cuba vico juga..i just suka minum milo panas..masa time berpantang dulu lagi lah..lepas selesai baby directfeed atau pump, mak akan suh saya minum segelas milo panas..time berpantang memang tak kan ada time diet..semua kena makan dan minum dengan cukup..baru lah susu meriah gitu..

perbandingan Ostematrix kalsium tablet shaklee..patutlah ostematrix antara milk booster saya!
sebiji ostematrix bersamaan 80 biji badam! (badam juga adalah makanan penggalak susu tau)


dan pengambilan susu yang cukup untuk pastikan kalsium mommies mencukupi..kalsium mommies perlu extra cukup tau..sebab baby needs more kalsium dalam masa penyusuan susu ibu..dan memandangkan saya tak minum susu tepong (kalsium MORE find in susu tepon berbanding susu pekat manis tuu..susu pekat manis tak bape elok pon kalau minum kerap ok), so saya gantikan dengan Ostematrix kalsium Shaklee..saya TAK PERNAH miss kalsium tablet ni..selain untuk kalsium needs for me and my bf baby, also untuk atasi masalah letih badan dan masalah sembelit..heaven bersalin Luqman saya memang TAK ADA MASALAH SEMBELIT langsung tau! tq to Ostematrix Shaklee..heheee


11. Pil dan Supplement

selain makanan semulajadi di atas, saya turut ambik Shaklee supplement as my daily supplementary..apa yang saya ambik?? TARAAA..ini dia set MILK BOOSTER SHAKLEE

ESP + VITALEA + B COMPLEX + VITAMIN C + OSTEMATRIX + ALFALFA

ESP SOY PROTIN SHAKLEE adalah sumber protein terbaik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Susu akan menjadi lebih pekat dan bayi akan merasa lebih cepat kenyang. Ada juga customer yang mengatakan payudara akan cepat penuh (engorge) setelah mengamalkan ESP sehingga susu terpaksa dipam walaupun baru selesai direct feeding. Ingat! Milk production memerlukan fat, water dan protein. Maka, ESP perlu ada dalam senarai milk booster supplement anda. 
Tips: Campurkan ESP bersama oatmeal atau blend bersama kurma sebagai sarapan atau snek in between meals. Ramai customer kami dari kalangan wanita bekerjaya memberikan testimonial, susu yang dipam akan lebih banyak dari biasa berbanding dengan pengambilan makanan lain ketika sarapan. Selain itu, anda juga boleh campurkan ESP dengan Mealshake Shaklee, khasiatnya akan bertambah-tambah kerana Mealshake Shaklee mengandungi banyak vitamin, mineral, serat, kalsium dan mempunyai perasa vanilla yang enak.


VITALEA atau MULTIVITAMIN pula selain melengkapkan kelengkapan vitamin dan mineral dalam tubuh ibu menyusu, ia juga mengandungi tambahan formula iron untuk mengekalkan penghasilan susu ibu. Tahukah anda kekurangan iron atau maternal anemia boleh menyebabkan penurunan milk supply? Jadi amat penting untuk memastikan kandungan iron dan nutrient lain dalam badan adalah mencukupi.


B COMPLEX di kenali sebagai vitamin anti-stress..Stress merupakan salah satu punca utama kegagalan dalam proses penyusuan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon, kepenatan bekerja dan menjaga anak serta rumahtangga dan sebagainya. B-Complex dapat membantu menstabilkan hormon, mengurangkan tekanan dan memberikan tenaga supaya proses penyusuan anda tidak terjejas. Pengambilan vitamin B12 yang terdapat dalam B-Complex oleh ibu menyusu juga dikatakan mampu meningkatka perkembangan otak bayi. 

VITAMIN C SUSTAINED RELEASE adalah merupakan vitamin water soluble di mana kombinasi antara vitamin c dan b complex mampu meningkatkan penghasilan susu ibu up to a certain point. Selain itu, ciri-ciri antioksidan yang terdapat dalam Vit-C akan meningkatkan immunity system ibu, dan pada masa yang sama akan di-pass-kan kepada bayi yang menyusu melalui breastmilk. Jadi, bayi akan sukar jatuh sakit.


OSTEMATRIX KALSIUM amat diperlukan dalam diet harian untuk breastfeeding/nursing mothers. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium dari tubuh ibu untuk keperluannya ketika menyusu. Simpanan kalsium yang makin hilang akan menyebabkan masalah osteoporosis berlaku dengan lebih cepat di kalangan wanita.

Akhir sekali, ALFALFA - Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Tips: Campurkan tablet Alfalfa ke dalam teh halba untuk kesan peningkatan penghasilan susu ibu yang maksimum. cara saya, ambik Ostematrix dan Alfalfa bersama air suam atau minuman panas sebelom tidur, dan inshaallah biasanya breast akan cepat penuh :)

apa pon makanan yang anda makan, jika ianya merupakan makanan yang anda suka, inshaallah ianya menjadi makanan milk booster anda..tak semua individu sama..dan ingatlah, konsep breastfeeding yang betul adalah tetap sama...semakin kerap payudara anda dikosongkan, semakin kerap susu dapat di hasilkan..kerap kan pump dan kerapkan minum air masak yang mencukupi..dan badan yang sihat, cergas juga sangat membantu badan produce more milk..bayangkan jika anda penat dan less-rest..ianya akan mengundang stress dan sedikit sebanyak menjejaskan kuantiti dan kualiti susu yang anda hasilkan..supplement juga sangat perlu for healthy you..kerana, anda bukan sahaja seorang ibu menyusu, malah ibu kepada anak2 lain, malah isteri kepada seorang suami dan mungkin juga pekerja mahupon surirumah yang perlukan kepada focus dan tenaga yang banyak dalam menjalani hidupan seharian kan?

Maka mommies semua punya pilihan iaitu : 

1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri. Si ibu hanya concern on quantity....

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity

Make More Milk dan dalam masa yang sama, jaga lah diri anda..jadilah wanita yang serba boleh dan cemerlang dalam menjalankan apa jua tugasan seharian anda..kerana kita, WANITA dan kerana itu,DIRIMU AMAT BERHARGA..


Salam sayang,







REAL TESTIMONI vitamin KECANTIKAN kulit!

assalamualaikum

fuhh minggu yang pelbagai cerita..tapi saya hanya nak focus pada cerita yang positif, yang gembira sahaja..dan bulan ini rasanya paling banyak saya dapat testimoni feedback dari customer yang ambik set kecantikan Shaklee..ape lagi kalau bukan gabungan product hebat ESP, VITAMIN C, VITAMIN E DAN COLLAGEN POWDER..eh, pada yang masih tak tau..bulan ini Shaklee memang buat EXTRA SPECIAL promotion untuk TIGA product KECANTIKAN - Vitamin C, Vitamin E dan Collagen Powder! fuhhh..berpeluh..semua pakat grab promo akhir tahun yang super special ni..

dah, jangan celoteh banyak..jom tengok testimoni customer yang kongsi cerita gembira tentang kulit diorang..

testimoni VITAMIN C DAN VITAMIN E














DAN ini testimoni COLLAGEN POWDER





tak perlu cerita panjang..biar gambar berbicara..

kalau anda nak lebih info boleh klik di bawah :

>> nak tau KENAPA VITAMIN C SHAKLEE PALING HOT DAN LAKU BAK GORENG PISANG PANASSS?? klik SINI

>> baca dan ketahui RAHSIA VITAMIN E sebagai VITAMIN CANTIK DAN VITAMIN CINTA! klik SINI

>> RAHSIA COLLAGEN SHAKLEE yang menyerap SUPER PANTAS dan beri kesan SEAWAL SEMINGGU penggunaan - klik SINI


JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA..promo HANYA sehingga 31 december 2014 sahaja!
anda hanya ada 15 hari SAHAJA LAGI!


salam gojez!



10 tips Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu

assalamualaikum

alhamdulillah, hari ni imam muda saya, Luqman berusia setahun 3 bulan..kejap aje..pejam celik..pejam celik..dan alhamdulillah, saya masih Allah kurniakan rezeki menyusukan anak manja ni sepenuhnya dengan susu ibu..dan saya bertekad nak susukan Luqman sampai usia dia 2 tahun..semuanya dengan tekad yang kuat dan sokongan orang tersayang sekeliling kita..walaupon masa kakak Wiyah dulu saya hanya dapat menyusukan hingga usia 7 bulan dan itu pon awal-awal dah campur dengan susu formula..memang sedih kan..tapi itu tak bermaksud kita tak boleh nak susukan anak yang kemudiannya..

nanti saya cerita macam mana perjalanan penyusuan Luqman..sebab hari ni saya nak share topik yang best..saya nak kongsikan tips penyusuan susu ibu yang berjaya..sumber disini


Happy Breastfeeding

1) Berazam dan niat sejak mengandung lagi yang anda mahu menyusukan bayi anda secara eksklusif sehingga 6 bulan dan kemudian secara sepenuhnya hingga berumur 2 tahun

2) Banyakkan membaca info tentang penyusuan, cara penyimpanan susu yang betul, teknik pump,jenis pump yang sesuai dengan budget anda dan keperluan sampingan lain seperti cooler bag, plastic storage, bottle warmer dan lain (ini penting bagi ibu yang akan pump stok susu)

3) Semasa mengandung terutamanya buat ibu yang beranak sulung, amalkan petua ini :

Memasuki Trimester ke-3, cuci puting payudaraanda setiap malam bagi membuang kotoran di lubang susu. Sapu minyak (baby oil) dan gentel puting anda.

Buat ibu yang ada ‘inverted nipple’ atau puting tidak timbul, amalan di atas adalah wajib supaya puting tidak tenggelam dan menyukarkan bayi untuk menghisap sebaik lahir nanti.

Memasuki Trimester ke-3, amalkan mengurut payudaraanda setiap malam untuk merangsan penghasilan susu. Cara: picit sedikit di bahagian atas payudara dan urutkan perlahan ke bawah menuju ke puting.

Rata-rata ibu akan mengalami masalah susu tidak keluar di hari pertama. Petuanya sebulan sebelum bersalin, amalkan pam 3x sehari selama 10 minit untuk rangsang pengeluaran susu.

4) Selepas bersalin, terus berikan bayi anda susu badankerana bayi anda perlukan ‘colostrum’

Colostrum adalah susu awal yang biasanya berwarna kekuningan yang penuh dengan antibodi yang bayi perlukan.

Tidak perlu tunggu bayi anda dibersihkan. Pesan kepada jururawat untuk memberikan bayi anda untuk disusukan sebaik bersalin.

5) Tujuh hari pertama kelahiran adalah penting untuk anda memberi susu badan secara terus (bayi terus hisap dari payudara).

Elakkan pump dan penggunaan botol susu kerana ia boleh mengganggu proses penghasilan susu secara semulajadi.

6) Sebarang susu formula dan air kosong adalah dilarang sama sekali kerana boleh mengganggu proses penyusuan.

Pemberian susu formula mengakibatkan perlbagai masalah seperti cirit-birit dan ekzema serta menjadi punca utama obesiti.

Amalan memberi air kosong akan mendedahkan anak anda kepada risiko jangkitan, kekurangan nutrisi, merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa bayi , merendahkan suhu badan bayi, akibatkan kembung perut dan sawan tarik.

7) Lazimnya ibu muda yang beranak sulung pasti menghadapi masalah susu tidak keluar beberapa hari pertama. Usah risau kerana perut bayi hanya sebesar kacang peas. Berikan susu ibu sekerap yang bolehdan insyaAllah pemberian secara kerap akan melancarkan pengaliran susu apabila memasuki hari ke-2 atau ke-3.

8) Penyusuan mengikut jadual dilarang sama sekali. Susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuan bayi (on-demand).

Perhatikan tanda-tanda awal bayi lapar seperti mulutnya mencari-cari sesuatu, mulutnya terbuka luas apabila disentuh atau dia membuat pergerakan seperti menghisap.

9) Mulakan sesi pump seawal 2 minggu selepas bersalinsupaya anda boleh menyediakan bekalan susu secukupnya apabila masuk kerja nanti.

10) Dapatkan sokongan keluarga terdekat terutamanya suami. Apabila susu tidak keluar anda pasti panik dan sedih lebih-lebih lagi apabila bayi mula menangis. Dalam keadaan panik dan tertekan, penghasilan susu lebih mudah terganggu.

Minta ahli keluarga pujuk bayi dahulu

Peranan suami pula tenangkan isteri anda dan beri dorongan serta kata-kata semangat bahawa isteri anda mampu menyusukan anak anda secara eksklusif.

Semoga tips-tips yang saya kongsikan di atas membantu bakal ibu lebih bersedia dalam merealisasikan impian anda untuk menyusukan anak secara eksklsuif.

Buat bakal ibu, persediaan secara mental dan fizikal amat penting dalam menjayakan penyusuan eksklusif susu ibu. Dan jangan lupa nutrisi ibu juga amat penting dalam proses penghasilan susu. Sebab itu ibu mengandung dibekalkan prenatal vitamin. Buat ibu hamil, saya galakkan anda mengamalkan produk ESP kami bagi membantu mempersiapkan badan anda untuk proses penyusuan eksklusif yang lancar kelak.

ESP


Apa khasiat ESP?

Buat ibu mengandung, ESP menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu serta membekalkan tenaga buat badan ibu
ESP mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan eksklusif yang lancar selepas bersalin

Buat ibu menyusu, ESP bertindak sebagai milk-booster untuk meningkatkan serta mempercepatkan penghasilan susu.
ESP menjadikan susu lebih pekat dan bayi cepat kenyang.
ESP menjadikan kulit ibu dan bayi lebih cantik, halus dan gebu
Untuk ketahui lebih banyak khasiat ESP, klik sini

dan ini cadangan supplement untuk bantu ibu menyusu..konsepnya sama, more demand more milk..tapi supplement membantu badan kita ibu-ibu untuk lebih sihat dan badan yang sihat membantu penghasilan susu dengan lebih lancar..dan ini lah antara set penyusuan yang saya ambil sehingga sekarang dan alhamdulillah ianya sangat membantu..


jom tengok sedikit testimoni baru mereka yang dah berjaya dalam penyusuan ibu ini..moga ianya jadi penyuntik semangat untuk lebih ramai ibu di luar untuk menyusukan anak mereka dengan susu ibu hingga anak berusia 2 tahun



jika anda punya masalah penyusuan, hubungi saya..inshaallah dengan ilmu yang sedikit yang saya ada ini saya nak bantu anda semua..

Dalam riwayat Thabarani dan ‘Ibnu Asakir ditambahkan, jika ia melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam (karena melayani bayinya), ia mendapatkan pahala seperti pahala orang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.

salam sayang,
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in