Selamat Hari Lahir my Imam Muda - Luqman yang ke 2 tahun!

Assalamualaikum..

ALHAMDULILLAH
hari ni alhamdulillah..my imam muda genap berusia 2 tahun..selamat hari lahir Luqman..



Lahir pada 3hb September 2013, tepat jam 3.55 pagi..sakit yang kejap shj tapi kuat..tak macam kakak Wiya dulu..lama..dengan Luqman totally pengalaman preggy yang berbeza, dan pengalaman bersalin yang berbeza..maybe sebab consume totally Shaklee dari awal hingga sekarang kot kan??

dan ALHAMDULILLAH, genap 2 tahun sudah perjalanan penyusuan Luqman dengan susu ibu..syukur tak pernah termimpi terfikir sampai ke tahap ini..dugaan dan air mata jangan cerita lah masa mula2 dulu..dengan jaundice, warded, kena perli dengan nurse dan cubaan mereka bagi formula milk sepanjang warded tak dapat di lupakan sebab masa tu walau berpantang tapi tak macam orang pantang..cergas dan yang penting setiap 2-3 jam bangun pump TANPA FAIL! berkat amalkan supplement berpantang dan penyusuan juga air zamzam dan kurma dan power pumping hari2 sehingga seminggu kuar ward..alhamdulillah membuahkan hasil, dah Allah janji cukup sebenarnya susu ibu untuk setiap anak, maka itu juga yang perlu kite pegang :) nanti saya share pengalaman terpeinci penyusuan Luqman sepanjang 2 tahun ni ya

alhamdulillah Luqman anak yang sangat aktif (boboi lah katakan), cepat perkembangan nya dari merangkak, berjalan, tumbuh gigi dannn paling cepat bercakap! hahaa..setiap hari ade je word vocab baru..mungkin juga berkat mak suap madu kat lelangit Luqman dengan baca doa specific untuk mudahkan anak bercakap kot..dan memang lah sangat suka bercakap, nyanyi, dan sekarang dah pandai baca doa..doa makan dan doa sebelom tidur siap makna lagi..hihi..juga al fatihah dan surah ladzim dah boleh ikot dah..syukur..moga jadi hafiz ya besar nanti sayang..

moga jadi anak soleh Luqman, hafiz yang berjaya cemerlang dunia akhirat..di sayangi semua..dan moga Allah lindungi kamu dari segala kejahatan dunia dan limpahi kamu dengan rahmat dan kasih sayang-NYA yang tiada bandingan

mama, papa, kakak Wiya sayang sangat pada Luqman
moga Allah pelihara kasih sayang keluarga kite hingga ke syurga

setiap ibu mahukan hanya yang terbaik untuk setiap anak
setiap anak2 adalah tersendiri dan teristimewa
mereka punye hak untuk gembira dan di sayangi
mereka amanah Allah untuk yang bergelar ibu ayah
mereka amanah untuk kite pimpin bersama sampai syurga

ibu2, jangan abaikan masa dengan anak2
sekarang mereka kecil, 
esok lusa mereka sudah besar
bila kecil, kite tak pedulikan dan tak selalu memeluk mereka
bagaimana besar mereka nak memeluk kita kembali
pandang mata mereka dan katakan kita sayang pada mereka setiap hari,
ya, setiap hari

sebak pulak anak2 dah besar..nampak sangat dah tua..ehhh..biar umur je tua..tapi jangan badan dan wajah kite ye..mak2 ibu2 hebat kat luar tu, jangan lupa ambik supplement khas untuk wanita gojez untuk kekal cergas dan awet muda untuk tengok anak2 kite membesar tahun demi tahun! untuk anak2 yang dah setahun ke atas tu boleh la beri supplement untuk kanak-kanak - untuk memastikan mereka kekal cergas, sihat dan kuat imun mereka..

terima kasih Allah atas anugerah tak ternilai ini.
inshaAllah amanah ini kami jaga sebaiknya .

Selamat Hari Lahir Muhammad Luqmanul Hakim yg ke-2! 

salam sayang, 
 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in