Osteoporosis dan Ostematrix Shaklee

Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.



Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.


Boleh Dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul.


KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT

1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis

Pengambilan Kalsium diketahui dapat :-

✅Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
✅Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
✅Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
✅Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan


MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 1000mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

Nak tahu lebih lanjut atau nak tanye pasal Ostematrix Shaklee? pm aje kak Bee ya

Visualise DOA anda!

Beberapa bulan lepas, kak Bee dapat mengikuti sesi motivasi pagi dlm IKIM . Salah satu tajuk nya ialah realisasikan doa menerusi visual. Visual ni dgn erti kata lain bayangkan. Jadi masa kita doa pada Allah. Kita bayangkan apa yang kt doakan itu kita dapat. Jom kak Bee sharekan contoh bagaimana nak visual doa tu supaya jadi kenyataan



Allah ni Maha Pemberi, Maha Kaya, minta lah maka Allah akan beri. Tapi kena percaya dahulu, percaya yang Allah akan beri. Jangan ada sedikit pon was-was dalam hati semasa berdoa.


Contoh

Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik pada ibu ayah ku
masa doa tu bayangkan
ibu ayah kt dalam fikiran dan nampak mereka sihat ceria dan bahagia

Contoh lagi

Ya Allah mudahkan urusanku dan keluargaku hari ni, pekerjaan kami, setiap langkah dan apa jua urusan kami Kau mudahkan dan akhiri dengan kejayaan
Kita bayangkan kita, suami, anak-anak, macam mana dari rumah, perlakuan, tindakan, semuanya baik2 tak de perbalahan, tak de stress, bayangkan kite dan suami kerja, semua di office atau di rumah smooth, anak-anak di sekolah bersemangat, cemerlang di sekolah, balik rumah masing-masing happy, dan share moments happy sampai tidur. 
Bayangkan apa jua yang kite nak 

Contoh lagi

Ya Allah, permudahkanlah urusan biznesku harini, ketemukan mereka yang memerlukan manfaat perniagaan ku/product ku
Kita bayangkan dah berlaku customer mereka yang datang menderu-deru ramai yang tanyakan konsultansi dengan kita dan kita pun respond seperti mana ia berlaku dan berjaya buat deal rmxxx

Ya inilah teknik doa dan visual. Kita boleh bayangkan apa yang kita doakan itu berlaku
InshaAllah, dgn kita memahami doa  kita sedalamnya, hayati di mulut, minda dan hati
inshaAllah, kita akan jadi lebih semangat dan positif

Jadi
doa yang baik, akan jadi baik
doa positif, akan jadi positif
mulakan dari pagi ni ya

moga bermanfaat

Pelbagaikan Resepi ESP yang super YUMMUYYY!

Ramai customer, kekawan yang bila dah start ambik ESP protin, mereka akan setia ambik..setia gituu tau! semuanya di sebabkan khasiat protin Shaklee yang HOT demand ni. 

Tapi, selalu jugak, kalau customer yang baru2 ni diorang kata tak lalu nak minum, sebab ianya Soya based, tak de perisa macam Cinch Shake, jadi ade yang belom serasi, tak minum..jangan macam tu! rugi u all. Dah beli, kena minum, baru datang kesannya. Dan, kesan bukan datang serta merta ye, minum2 terus putih..no-no, kak Bee tak pernah bagitau customer gitu..

Apa-apa jenis supplement pon, kena ambik secara konsisten at least min 90 hari untuk betul-betul beri kesan pada tubuh secara optimum. Dengar tu sayang-sayang, konsisten baru lah ade effectnya.

Eh dah melalut..hihi, jom hari ni kak Bee nak share resepi ESP yang u all boleh cuba pelbagaikan. Semestinya healthy drink ni akan juga jadi ala2 beauty drink gitu..sebab kan khasiatnya yang tak sah lagi pada kulit

klik untuk gambar penuh

klik untuk gambar penuh



klik utnuk gambar penuh

klik untuk gambar penuh

Selamat mencuba!

Boost positive mood dengan Healthy Drink as Breakfast setiap pagi!

good morningggg..

Good morning should be your morning be good kan kann..u all breakfast ape hari ni? 
Salah satu cara nak boost positive effect kite kena ambik breakfast yang betul! dah 6 tahun dengan Shaklee, alhamdulillah boleh di kira dengan jari berapa kali miss minum ESP ni..dan since umur dah lebih 30++ kak Bee add Cinch shaklee sekali untuk inch loss..

al maklum, bila berumur kolagen mula lah mudah hilang dan sebabnya bila kite loost weight, kulit lebihan tu cepat geleber, sebab tu kak Bee suke sangat combination of ESP + Cinch Shake ni.


my kind of pre breakfast drink!
Sedap, mengenyangkan, inch loss dan kulit berseri!

Biasanya , minuman mix shaklee ni kak Bee jadikan as pre breakfast. Bangun seawal pagi, perot mula rasa tak selesa, perot mudah nak gastrik. so, kite selamatkan dengan ambik terus ESP dan Cinch Shake ni. Resepinya mudah, 1 scoop besar Cinch Shake mix with 2-3 sudu besar ESP. Shake2 dan minum!

Sedappp dan yang penting mengenyangkan! Terus hilang rasa2 tak selesa kat perot nak naik gastrik tu. Bila perot ok, rasa kenyang dan yang penting bila kite tahu ape yg kite ambik/makan/ minum tu akan beri banyakkk benefi pada kite selain kenyang lama (inch loss, kulit lebih berseri tak kusamm kulit anjal, badan firm etc), automatik kite akan rasa syukur sangat dan mood hepi tu akan berjangkit2 dalam sehari tu.

dan yang paling penting, Learn to LOVE yourslef first, it makes everything else much easier!

selamat pagi! ceria-ceria selalu naaa..



Shaklee BABY! Product mandian baru khas untuk si manja anda

halu haluu..alhamdulillahh..welcome back! hahaa ni kak Bee nak cerita..2hn November hari tu Shaklee buat roadshow sempena perkenalkan product baru shaklee..yang ini belom pernah lagi ada sebelom ni..dan julung-julung kali nya Shaklee bawak masuk product mandian untuk si manja! yeayy memang excited sangat..

taraaaa..ni lah SHAKLEE BABY new product tuuu..

Dan masa roadshow ni, Shakle bawak sekali khas dari Shaklee Corporation, Dr Sonhee Park (Senior Research Scientist) untuk explanation keperluan ibu sebelom preggy, sehingga kepada keperluan si manja dari segi keperluan supplement dan perkembangan ibu dan baby. Yang ini kak Bee akan explain kemudian tau..kali ni entry ni kak Bee nak explain khas buat mereka yang tertunggu-tunggu product mandian baby Shaklee ni..


with My OTG team yang datang roadshow bergambar dengan Dr Sonhee park
Umur beliau 63 tahun tapi sangat2 sihat dan mudaaa..rahsianya 40 tahun makan Shaklee secara konsisten!

excited datang roadshow 

jom kite tengok apa SHAKLEE BABY ni ya..
 Shaklee Baby memahami keperluan bayi anda dan hanya menggunakan bahan-bahan yang SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK untuk menghasilkan product penjagaan kulit terbaik untuk si manja anda 

KEISTIMEWAAN SHAKLEE BABY PRODUCT :

  • Pediatrician tested
  • Clinically tested
  • Hypoallergenic 
  • pH balance
  • Certified organic ingredients 
  • Contains natural and organic ingredients 


FORMULATED WITHOUT :

  • TANPA PARABEN
  • TANPA 1,4-DIOXAN
  • TANPA NATRIUM LAURIL SULFAT (SLS)
  • TANPA WARNA TIRUAN ATAU WANGIAN
  • TANPA PHTHALATES
  • TANPA BISPHENOL-A (BPA)
  • TANPA FORMALDEHID (formaldehyde)

kite tengok pulak apa yang ada dalam mandian Shaklee Baby ni

Mandian Baby 

Lotion. seriusly besssttt sangat loion ni

Massage Oil. This is the besttt! Seriusly fall in loveee

ada 3 aje product tapi complete sangat. Masa Roadshow tu sorang participant hanya boleh beli 1 set je..so kak Bee pon terus beli..mengenangkan Luqman yang ada masalah kulit kering bersisik kat kaki, so kak Bee nak cuba lagipon, apa sahaja pasal Shaklee memang kak Bee nak try! hehee

nampak tak muka excited baru lepas beli hehe
Alhamdulillah, dah dekat seminggu pakaikan Luqman, terrrrsangat besttt kesan dia. Boleh nampak kat skin kaki yang bersisik tu. Siapa yang nak tahu lebih lanjut pengalaman kak Bee pakaikan set ni untuk Luqman yang ada masalah kaki kering bersisik ni, meh la contac kak Bee. Kalau nak cerita pengalaman bawak Luqman ke skin clinic dan apa aje steroid pernah pakaikan. Now alhamdulillah, massage oil tu sangat lah best i tell u..sapu kat tangan kite yang kering ni pon teruss rasa serapan dan kekal lembapan tu..tak tau nak cerita macam mane..tapi kak Bee nak u all try tau..

muka excited sangat tuuu..
kak Bee dah try, memang recommended!

so, siapa yang tercari2 product mandian baby yang selamat tanpa bahan2 bahaya, lebih-lebih lagi if si manja u all ada masalah kulit, meh la cuba Shaklee Baby. Try dulu baru boleh kata apa bestnya tu. Apa yang kak Bee boleh bagitau ialah memang tak rugi! 

Tips : Cara mendidik anak2 dari umur 0-21 tahun

assalamualaikum..hari ni kak bee nak share satu article pasal cara mendidik anak2 yang betul berpandukan cara Islam. Jom terapkan dalam didikan kite sehari2, moga anak2 menjadi anak soleh solehah dunia akhirat aminnn..



Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-

1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja.

2. Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.

3. Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.

.
1) ► ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun)

Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:-

Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.

Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.

Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.

Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu.

2) ► ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun)


Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi  juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.

Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang, seperti :-

1. Menunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis.
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak.
6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.

Walau bagaimanapun, layanan terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan tersendiri).

3) ► ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)


Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.

Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.

Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.

Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu bapa.

Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin dan mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik.

Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.

Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.

.

"Ya Rabbku, beri­lah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa." (Al-Quran, Ali Imran: 38).

******

Sumber: FP Alhabib Quraisy Baharun

Supplement untuk anak CERGAS DI SEKOLAH

Assalamualaikum

hari ini saya di hujani oleh ibu2 yang sangat alert untuk mencari supplement anak-anak. Al maklum semua eksited anak2 ke sekolah, malangnya anak2 yang mulanya eksited, baru 3-4 hari sekolah dah bertukar mood, dah tak nak ke sekolah. Rata2 anak2 baru bersekolah 3-4 hari kebanyakkan beri feedback :

- Penat
- Nak tidur aje
- Kurang selera makan
- Mudah letih, tak ada mood ke sekolah
- Makan tidak mengikut nutrisi yang betul
- Kurang focus di sekolah
- Tidak cergas

Cadangan supplement 

Jadi, saya cadangkan 3 supplement ni wajib anak2 ambik.



MEALSHAKE : Kebaikan Mealshake
* Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
* Menambah selera makan anak
* Anak tak mudah kerap jatuh sakit
* Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
* Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak
* Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
* Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
* Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula atau air lain kerana rasa french vanilla dan rasanya yang sangat sedap 
* Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
* Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
* Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

OMEGA GUARD : KEBAIKKAN UNTUK ANAK2

1) Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak-kanak yg mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas.

2) Membantu merawat penyakit eczema dari dalam, kebiasaannya kita amalkan alternatif untuk sapu ubat/krim dari luar sahaja tapi tak lama kemudian akan muncul semula, dengan pengambilan omega 3 dapat elakkan masalah eczema untuk timbul semula.

3) Bantu tingkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan.

4) Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler.

5) Dengan pengambilan Omega 3 juga kanak-kanak lebih cergas dan aktif serta membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar.


VITA-LEA FOR KIDS : Kebaikan Vita-Lea for Children


1) Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
2) Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
3) Memberi 100% nilai harian vitamin C
4) Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
5) Berasaskan phytonutrien semulajadi
6) Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti
7) Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
8) Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri
Moga dengan ikhtiar mak2 untuk anak2 di mudahkan anak2 untuk lebih focus dan sihat, cergas dan cerdas di sekolah

Saya dah start bagi Wiya supplement seawal 4 tahun lagi. Apa yang boleh saya kata ianya sangat membantu untuk tahap kesihatan dan kecerdasan dan focus Wiya di sekolah.

untuk ibu2 yang nak kan supplement ni, boleh contac saya ye! 


petua anak mudah bangun pagi

salam 2017! 
Alhamdulillah, dah masuk tahun baru..macam mana korang semua? mesti awal tahun bz menguruskan anak sekolah kan? Kak Bee tahun ni 2 anak2 masuk sekolah. Kakak Wiya darjah 2, dan masukkan adik kecik sekolah tadika untuk dia belajar berkawan dan kenal persekitaran sekolah. Memang mencabar nak train Luqman bangun awal..hehee mencabar macam nak masukkan Kakak Wiya sekolah tadika dulu. Ada satu petua Kak Bee dapat untuk mudah bangunkan anak and of course less drama kan! 


Kak Bee setuju sangat dengan petua ni. Anak2 perempuan memang suka kan kata2 manis, lembut penuh pujuk rayu (haha!), macam tu lah Kak Bee kejut Wiya. Luqman pulak suka kalau kite kejut, layan dia dulu, main2 dulu..selalu Kak Bee serah kat papa dia yang kejut Luqman sebab al maklum mak2 bz nak sediakan keperluan pagi tak banyak masa nak main2 kejut pujuk semua ni hehee..Pagi tadi papa bangunkan dengan macam ni, alhamdulillah, mandi pagi tanpa drama dan tanpa mandi sambil tidurrr heheheee

Lagi satu, pastikan anak2 tidur awal malam tu supaya senang bangun. Macam tahun lepas, kami praktikkan lepas isyak if tak de homework dan ulangkaji, sebelom pukul 9.30malam mesti dah tidur. Inshaallah tahun ni dah praktikkan semula, Kakak Wiya mudah aje tidur, adik Luqman sahaja yang mencabar, tapi jam 9 malan tu dah gelapkan bilik, kasi mood tidur datang, dan dah masuk ke fasa bedtime stori, opkos by papa sebab mama tugas malam ialah iron baju2 dan sediakan semua barang untuk esok pagi supaya tak mencari2 dan kelam kabut :)

apa pon, moga semua usaha kita di mudahkan Allah dan moga anak2 seronok ke sekolah! 

kakak dan adik dah sekolah! hoyehhh
alhamdulillah moga jadi anak soleh musleh dan cemerlang dunia akhirat..aminnn

jom share apa tips korang kejut anak2 setiap pagi?


 

Hot Item : Vivix


http://www.beehayunos.com/search/label/Vivix
Copyright © Healthy Me-Healthy You-Healthy Life | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in